Sebagaimana yang diumumkan tempohari, keahlian bagi pesara keselamatan TNB kini dibuka kepada anggota kerja yang masih berkhidmat tetapi sudah mencapai usia 50 tahun atau yang telah menerima pencen LLN. Kepada semua anggota kerja yang berumur 50 tahun ke atas adalah dipelawa untuk menyertai keahlian dengan memajukan nama penuh, nombor telefon bimbit serta alamat terbaharu tempat tinggal, ini bertujuan untuk mengumpul anggota seberapa ramai yang boleh. Segala butir dan keterangan diri boleh dimasukkan dalam blog ini dibahagian 'post a comment', terima kasih.
Berita terkini dan semasa mengenai aktiviti koperasi & pesara keselamatan TNB
Thursday, September 14, 2006
Sunday, September 10, 2006
Cadangan Menubuhkan Koperasi Pesara
Baru-baru ini satu perjumpaan telah diadakan iaitu Tuan Ahmad Rusli, Sufian Ibrahim, Hassan Deraman dan Mohamad Maon bagi membincangkan perkara-perkara yang boleh dimanfaatkan untuk pesara-pesara lanjutan daripada reunion di Port Dickson tempoh hari. Perbincangan tersebut adalah berkisar kepada cadangan penubuhan koperasi yang boleh disertai dan memberi faedah kepada semua warga pesara.
Kita sama-sama berdoa dan berharap semoga cadangan untuk menubuhkan koperasi akan menjadi kenyataan. Insya' Allah.
mohamadmaon
Sunday, September 03, 2006
Tuan Hj. Zakaria Alias Kembali Ke Rahmatullah
Tuan Hj. Zakaria Alias bekas Ketua Gerakan Negeri Johor telah kembali ke Rahmatullah pada 30 Ogos 2006 akibat komplikasi jantung. Allahyarham yang berusia 61 tahun yang terlantar di Hospital Southern Melaka selama seminggu telah menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 2.00 petang dan selamat dikebumikan pada jam 5.00 petang di Melekik, Melaka.
Berita ini diperolehi dari Tuan Hj. Abd. Razak Long, Ketua Gerakan Negeri Sembilan yang juga merupakan adik ipar kepada Allahyarham.
Kami warga pesara mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para saleh dan salehin. Amin.
Saturday, September 02, 2006
Rumah Basharuddin Abdullah dimasuki pencuri
Pada 30 Ogos 2006 rumah sahabat kita (didalam gambar, sedang menceritakan keadaan yang berlaku) Basharuddin Abdullah 60 tahun, yang tinggal di Sek 7 Shah Alam telah dimasuki pencuri. Di mana ketika kejadian pada tengahari, beliau sedang keluar bersama isteri. Apabila beliau balik ke rumah, beliau mendapati 'gate' rumahnya termasuk kunci 'grill' dan 'sliding door' telah terbuka. Menyedari akan kejadian tersebut, beliau lalu masuk ke rumahnya dan mendapati beberapa peralatan elektrik telah dikumpulkan oleh pencuri diruang tengah rumahnya.
Beliau juga tidak mengetahui bahawa pencuri masih berada didalam rumahnya. Melihat keadaan yang sedemikian beliau berpatah balik untuk keluar, ketika beliau pusing untuk keluar rumah, beliau diserang dan dipukul dengan kayu dari belakang, dan beliau melihat seramai 3 orang pencuri berlari keluar dari rumahnya. Akibat dari pukulan tersebut beliau mendapati 7 jahitan luka dikepalanya. Beliau menyatakan, beliau kehilangan barang kemas iaitu rantai, cincin dan barang-barang lain pencuri tidak sempat untuk mengambilnya. Atas kejadian berkenaan beliau telah membuat laporan Polis.
Pada 2 September 2006, saya dengan isteri bersama sdra Hj. Ibrahim Lebai Omar, Hj. Adanan Kasian, Hj. Sufian Ibrahim dan Cikgu Mohd Noor Zakaria telah membuat kunjungan ke rumah sdra Basharuddin Abdullah untuk melihat situasi sebenar yang menimpa beliau.
laporan
mohamdmaon

Subscribe to:
Posts (Atom)