Tidak terlambat saya mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua warga pesara keselamatan tnb walau dimana jua mereka berada. Sambutan AidilAdha pada tahun ini adalah pada penghujung tahun iaitu 31 Disember 2006 (Ahad) dimana hari berikutnya kita pula menyambut kedatangan tahun baru 2007. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan meningkat dan merubah keazaman kita untuk berjaya didalam kehidupan kita samada di dunia dan juga akhirat. Insya'Allah.