Saya Pengerusi Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ALK dan ahli koperasi, semoga aidilfitri tahun ini membawa keberkatan dalam kehidupan seharian dan maaf zahir batin - Mohamad Maon
Berita terkini dan semasa mengenai aktiviti koperasi & pesara keselamatan TNB
.jpg)
Pengerusi Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan kini telah disandang oleh sdra Mohamad bin Maon (gambar kanan) ekoran daripada perletakan jawatan Tuan Hj. Ahmad Rusli bin Hj. Ibrahim atas sebab teknikal pada 16 Ogos 2008 dalam mesyuarat ALK. Sdra Mohamad sebelum ini adalah penyandang jawatan Setiausaha. Dalam ucapan sebaik sahaja dilantik, sdra Mohamad menyatakan, 'sebagai satu koperasi yang baru ditubuhkan, ia perlu komitmen sepenuhnya dari semua ALK supaya berperanan lebih aktif kerana banyak urusan dan perkara serta dokumen yang perlu disediakan sejajar dengan kehendak Akta
dan UUK koperasi'. Jawatan beliau selaku setiausaha, ALK telah melantik Tuan Hj. Ibrahim bin Mohamed (gambar kiri). Atas pertukaran jawatan ALK tersebut, beberapa portfolio iaitu pengerusi bagi sesuatu Jawatankuasa pun bertukar. Sdra Mohamad selain dari jawatan Pengerusi ALK beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran & Latihan serta Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan. Tuan Hj. Ibrahim adalah Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran.