Pada 18 Mei 2009, sdra Mohamad bin Maon selaku Pengerusi KPPK telah menghadiri kursus di atas sebagai persediaan koperasi untuk mengadakan mesyuarat agong pertama selepas ia ditubuh dan diluluskan oleh SKM. Kursus tersebut diadakan di MKM selama 2 hari bermula 18 - 20 Mei 2009 telah mendedahkan kepada peserta beberapa topik yang berkaitan dengan mesyuarat agong.
Antara topik yang diajar adalah
1. Persediaan mesyuarat agong
2. Perlaksanaan mesyuarat agong
3. Mesyuarat agong berkesan
4. Penulisan minit mesyuarat
5. Pengendalian mesyuarat agong (praktikal)
Selain dari kursus mesyuarat agong, beberapa ALK dan anggota koperasi telah menghadiri kursus yang lain pada tarikh yang sama. Antaranya Tuan Hj. Ahmad Rusli Hj. Ibrahim mengikuti Kursus 'Perniagaan Melalui Internet' dan Sdra. Mohd. Noor Zakaria bersama Sdra. Kamarulzaman Ahmad mengikuti kursus ' Peluang Perniagaan Industri Pelancongan". Semoga dengan mengikuti beberapa kursus berkenaan adalah diharapkan ianya akan dapat membantu untuk meningkat prestasi koperasi melalui peluang-peluang perniagaan sebagai penjana kepada tabung koperasi.