Sunday, August 23, 2009

Aktiviti di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadan hanya datang setahun sekali. Dalam kalendar masehi pusingan bagi setahun adalah mengandungi dua belas bulan, begitu juga bulan islam mengandungi dua belas bulan juga. Sabda Nabi SAW dan mengikut jumhur ulama bahawa bulan ramadan adalah bulan yang dipenuhi dengan limpahan rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
Sebagaimana kita di beritahu, apabila tiba bulan ramadan, syaitan dan iblis dirantai, pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup serta pintu rahmat dibuka dengan seluas-luasnya dan limpahan rahmat berganda-ganda, jika umat manusia mengetahuinya. Oleh itu, semua umat Islam diharap dapat mengambil kesempatan di atas limphan rahmat Allah SWT kepada kita.
Bulan ramadan juga, ada mengandungi satu malam yang masih dirahsiakan oleh Allah, iaitu malam Lailatul Qadar diantara malam-malam yang ganjil pada malam sepuloh ramadan yang akhir. Sungguh beruntung pada hamba Allah yang mendapat petunjuk. Moga-moga kita adalah sebahagian daripada hamba Allah yang beruntung. Insya'Allah.
mohamadmaon
pengerusi ppk tnb

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1430 H

Pada 22 Ogos 2009 hari Sabtu, semua umat Islam akan mula berpuasa sempena kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak 1430 H. Saya bagi pihak Pengerusi Koperasi PPK TNB mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa selama sebulan kepada semua anggota koperasi yang beragama Islam dan moga-moga ibadah yang kita lalui di hari-hari dalam bulan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan ini akan menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Sunday, August 16, 2009

Nur Hanisah anggota koperasi terima ijazah

Baru-baru ini, pada 15 Ogos 2009 anak kepada Pengerusi Koperasi PPK TNB Nur Hanisah telah menerima ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) dari USM. Beliau merupakan seorang anggota koperasi ini dan semasa cuti semester beliau telah mengikuti kursus jangka pendek 'Penyediaan Manual Prosedur Kerja' di Hotel Sri Malaysia Pulau Pinang, selama 3 hari yang bermula pada 1 - 3 Disember 2008

Cadangan Penubuhan Koperasi Alumni MKM

Saya menerima sms daripada Hj Ab Rahim dari koperasi Insan Jaya menjemput untuk berbincang bagi menubuhkan satu koperasi gabungan di antara anggota koperasi. Cadangan ini timbul apabila saya bersama dengan rakan-rakan dari koperasi yang lain untuk menubuhkan satu koperasi pada anggota yang pernah menghadiri kursus di MKM. Nampaknya cadangan tersebut telah menjadi kenyataan.
Pada 13 Ogos 2009 jam 2.00 petang bertempat di pejabat Koperasi Insan Jaya telah diadakan mesyuarat Jawatankuasa Penaja bagi menubuhkan Koperasi Alumni MKM Berhad. Koperasi PPK TNB telah diwakili oleh Tuan Hj. Ahmad Rusli, Sdra Mohamad Maon dan Sdra Mohd. Noor Zakaria. Antara syarat-syarat (masih diperingkat perbincangan) untuk menjadi anggota koperasi adalah pernah menghadiri kursus di MKM walaupun menghadiri satu kali kursus serta syarat-syarat lain yang masih lagi dibincangkan. Perbincangan seterusnya akan diadakan pada 18 Ogos 2009 masa 10.00 pagi di tempat yang sama.

Thursday, August 13, 2009

Mesyuarat ALK ke 11

Pada 13 Ogos 2009 ALK Koperasi PPK TNB telah mengadakan mesyuarat bagi kali ke 11 bertempat di Jalan Bangsar Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut diadakan adalah ekoran koperasi telah tidak mengadakan mesyuarat selama hampir 6 bulan kerana kali terakhir koperasi mengadakan mesyuarat pada 28 Februari 2009.
Mesyuarat kali ini adalah membincangkan beberapa agenda termasuk perkara yang perlu diselesaikan sebelum bermula bulan Ramadhan. Diantara agenda yang dibincangkan
1. Program kursus mandatori -
i. mengatur perjumpaan dengan pihak ILSAS
ii. mengatur perjumpaan dengan Encik Rusli Hashim
iii. mengatur perjumpaan dengan Pengurs Besar JPKR
2. Mesyuarat Agung
i. tarikh pada 3/10, 7/10 dan 17/10

Bekas SM Ab Rahman Mohamad Meninggal

Bekas SM Ab Rahman yang bersara dari perkhidmatan telah kembali ke Rahmahtullah pada 11 Ogos 2009 di kampungnya di Bukit Pinang, Alor Star, Kedah. Saya diberitahu melalui sms dari rakan Hj. Ibrahim Mohamed bahawa beliau yang bersara dari perkhidmatan kerana medical board telah menunaikan haji, sebaik Allahyarham kembali dari Mekah Allahyarham dilaporkan sihat dari penyakit kanser yang dihidapinya. Walau bagaimanapun, hayat kita dalam kuasa Allah, maka Allah lebih menyayangiNya maka pada tarikh di atas beliau kembali menemui Allah SWT.
Saya bagi pihak warga pesara keselamatan TNB, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, moga-moga roh Allahyarham ditempatkan disisiNya. Insya'Allah......Amin
Nota - Sebenarnya saya tidak perolehi maklumat yang lengkap mengenai Allahyarham, sebaik sahaja Allahyarham 'medical board'.

Friday, August 07, 2009

Kursus IT




Pada 3 - 6 Ogos 2009 sdra Pengerusi telah menghadiri kursus IT yang dinmakan 'Animasi Multimedia' satu modul baru yang dipanggil 'SWiSHmax2'. Kursus ini adalah bertujuan untuk koperasi mengadakan persembahan kepada anggota ketika sesuatu



Program ini dibahagikan dalam 5 modul:

1. Pengenalan kepada SWiSHmax

2. Bekerja dengan objek

3. Bekerja dengan teks

4. Mencipta animasi

5. Bekerja dengan grafik dan bunyi



Foto grup di atas adalah peserta yang mengikut kursus ini.

Thursday, August 06, 2009

Sdra. Hussin Ishak kembali ke Rahmatullah

Pada hari ini 7 Ogos 2009 lebih kurang jam 11 pagi saya diberitahu oleh Tuan Hj. Ahmad Nasir Abdul Rahim Eksekutif Keselamatan TNB bahawa Sdra Hussin bin Ishak (beliau terkenal dikalangan kawan-kawan dengan panggilan Hussin 'Batuk') telah kembali ke Rahmatullah dan akan dikebumikan di Benta Pahang.

Saya di fahamkan bahawa Allahyarham meninggal disekitar usia hampir 70 tahun dan meninggalkan seorang balu serta beberapa orang anak. Allahyarham juga meninggaldunia kerana sakit tua.

Saya bagi pihak warga pesara mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Hussin, semoga rohnya ditempatkan dikalangan para roh orang yang beriman.