Thursday, December 31, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

Saya bagi pihak ALK Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB dengan ini mengucapkan kepada semua anggota koperasi dan semua pesara keselamatan TNB dan juga semua warga kerja JPKR TNB sempena ketibaan tahun baru ini, kita akan memperbaharui keazaman kita yang mana, jika ada cita-cita yang tidak dapat ditunaikan, mungkin akan tertunai pada tahun 2010. Insya'Allah. Tetapi bagi saya sebagai pengerusi koperasi, mempunyai keazaman yang lebih tinggi dari kalian semua, kerana saya ingin membawa koperasi ini kesatu tahap yang boleh dibanggakan kalau tidak setaraf dengan koperasi-koperasi yang sudah berdaya maju.

Moga-moga cita dan harapan yang menggunung akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Cita-cita ini bukan sahaja cita-cita atau impian untuk saya seorang sahaja bahkan untuk semua anggota koperasi seluruhnya. Jika sekiranya koperasi berdaya maju, maka anggotanya juga akan mendapat faedah bersama. Itu adalah harapan kita semua. Insya'Allah


SELAMAT TAHUN BARU 2010

Thursday, December 24, 2009

Meyuarat Ahli Lembaga Koperasi

Pada 24 Disember 2009 Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB telah mengadakan mesyuarat ALK pertama ekoran daripada Mesyuarat Agung yang telah diadakan pada 20 Disember 2009. Mesyuarat ini telah diadakan di Kelab Kilat TNB, Jalan Pantai, Kuala Lumpur.


Didalam mesyuarat tersebut, ALK telah memilih dan melantik
1. Mohamad Maon sebagai Pengerusi,
2. Hj. Ibrahim Mohamed sebagai Setiausaha
3. Halim Ishak sebagai Bendahari.


ALK juga telah melantik seramai 3 orang JAD iaitu
1. Ahmad Fariz bin Ahmad Rusli,
2, Basharuddin bin Abdullah
3. Johari bin Sharif


Dengan pemilihan yang telah dibuat oleh ALK, pihak pengurusan koperasi akan mengeluarkan surat perlantikan kepada mereka-mereka di atas didalam sedikit masa lagi termasuk semua ALK yang terpilih didalam mesyuarat agung berkenaan.

MKM Anjur Hari Terbuka dan Bicara Eksekutif

Pada 22 Disember 2009 MKM telah mengadakan Bicara Eksekutif kepada semua ahli koperasi dengan tema 'Formula Niaga Cemerlang Impak Maksima Menerusi Pemasaran Internet' dan Hari Terbuka MKM yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Dalam Bicara Eksekutif sebanyak dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu
1. Strategi Efektif Pemasaran Perniagaan di Internet: Web 2.0 Enjin Carian & Rangakain Sosial
oleh Muhd. Sharuzzamal b. Bakri (Pengurus Francais, SKALI E-Ventures Sdn Bhd)
2. Perkongsian Pengalaman
oleh Kevin Zahri (Pengurus Max Hosting)

Koperasi ini telah diwakili oleh Sdra Mohamad Maon, Kamarulzaman Ahmad dan Mohd. Noor Zakaria. Walaupun, bicara eksekutif diadakan setengah hari, namun banyak ilmu yang diperolehi daripada penerangan dua topik di atas.

Sunday, December 20, 2009

Mesyuarat Agung Koperasi Berjalan Dengan Lancar


Gambar menunjukkan Puan Norlelah sedang menyampaikan ucapan perasmian




Pada 20 Disember 2009, Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB telah mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama di Hotel City Villa Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Puan Norlelah binti Shamsuddin, Pen. Pengarah SKM cawangan Wilayah Persekutuan. Terdahulu dahulu dalam ucapan alu-aluan, sdra Mohamad Maon Pengerusi Koperasi PPK TNB telah menyatakan bahawa koperasi akan melaksanakan perancangan beberapa projek yang telah dikenalpasti yang telah dipersetujui didalam mesyuarat ALK sebelum mesyuarat agung diadakan. Pengerusi juga meminta agar semua ALK memberikan komitmen sepenuhnya terhadap apa-apa projek yang akan diusahakan.

Didalam mesyuarat tersebut juga, satu usul telah diluluskan bagi menukar nama koperasi kepada nama 'Koperasi Benteng Utama Berhad'. Penjenamaan semula nama koperasi adalah untuk meningkat 'nilai-nilai komersil' koperasi kerana nama adalah memainkan peranan penting. Majlis juga mengekalkan ALK lama dan menambah dengan dua orang lagi sejajar dengan kehendak UUK 35. Ahli Lembaga Koperasi adalah seperti berikut:

1. Mohamad bin Maon
2. Hj. Ibrahim bin Mohamed
3. Hj. Ahmad Bakri bin Mohd. Zahir
4. Mohd. Noor bin Zakaria
5. Tan Baba
6. Hj. Ahmad Nasir bin Abdul Rahim
7. Normah binti Hj. Sarkawi
8. Halim bin Ishak
9. Shahruddin bin Abdullah Sani
10. Husin bin Hj. Abdul Rahman
11. John A/L Nallappa Rettiar
12. Hamzah bin Redza
Koperasi juga mengekalkan Tuan Hj Ahmad Rusli bin Hj. Ibrahim sebagai Penasihat/Penaung. Keputusan untuk mengekalkan Tuan Hj Ahmad Rusli adalah kerana pengalaman beliau yang luas diperingkat pengurusan dan beliau juga menjadi inspirasi kepada koperasi dalam membantu sebagai khidmat nasihat bagi menjayakan projek dan program yang akan dilaksanakan. Insya'Allah.

Wednesday, December 16, 2009

Mesyuarat Agung Koperasi

Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB akan mengadakan mesyuarat agung tahunan yang pertama pada 20 Disember 2009 (Ahad) jam 9.00 pagi, bertempat di Hotel City Villa Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak ALK Koperasi dengan ini menjemput tuan-tuan dan puan-puan anggota koperasi untuk sama hadir di dalam mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat sebegini adalah satu cara yang terbaik untuk kita hadiri kerana kita dapat berjumpa dengan rakan dan handai taulan yang sama-sama satu ketika dulu berkhidmat dibawah satu bumbung. Oleh itu diharap, tuan-tuan dan puan-puan janganlah lepas peluang untuk berjumpa diantara satu sama lain dan untuk mengeratkan lagi silaturrahim didalam satu majlis mesyuarat agung koperasi.