Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB (KPPK) akan mengadakan perjumpaan dengan pengurusan TNB dalam masa yang terdekat. Perjumpaan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan kepada pengurusan TNB mengenai aktiviti pesara-pesara keselamatan TNB yang telah menubuhkan koperasi pada 10 Jun 2008. Penubuhan koperasi adalah untuk meningkatkan ekonomi anggota selepas tamat tempoh perkhidmatan (persaraan wajib). Kita sedia maklum, mana-mana anggota yang telah bersara dari perkhidmatan, mereka ini sedikit sebanyak terkena TEMPIASAN kejutan budaya. Kejutan budaya ini tidak perlulah diterangkan, kita rasa semua anggota akan menghadapinya apabila tiba masanya nanti.
Perjumpaan yang dirancang nanti akan dapat membuahkan hasil kepada koperasi untuk mendapatkan sedikit peluang bisnes yang boleh mengisi kantung kewangan koperasi yang pihak TNB boleh tawarkan kepada koperasi sama ada melalui proses tender atau diberi melalui penganugerahan.Harapan koperasi ia akan menjadi satu realiti, dimana koperasi boleh bergerak lebih jauh kehadapan lagi bagi manfaat anggota-anggota koperasi. Kewangan memainkan peranan penting untuk menggerakkan sesuatu organisasi atau koperasi, jika sesebuah koperasi untuk berdaya maju.