Tuesday, March 30, 2010

Melawat Pameran Buku Antara Bangsa di PWTC


Bergambar bersama penulis buku "Alexander adalah Zulqarnain" di Gerai buku PTS


Bergambar bersama Tan Sri Jins Shamsuddin yang turut serta di pentas FINAS di PWTC


Pada 28 Mac 2010 saya berkesempatan melawat dan melihat pameran buku antarabangsa di PWTC di Kuala Lumpur bersama isteri dan anak. Disana juga saya berkesempatan berjumpa dengan Pengarah dan bintang filem yang terkenal iaitu Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin. Di antara banyak gerai-gerai pameran buku, saya ke gerai PTS yang mengeluar dan mencetak buku-buku 'bestseller'. Buku yang saya beli berjudul 'Alexander adalah Zulqarnain' penulisnya Wisnu Sasongku @ Muhammad Alexander (lihat gambar di atas).



Friday, March 26, 2010

Bicara Eksekutif

Seramai 3 orang ALK telah menghadiri program Bicara Eksekutif anjuran Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) yang bertemakan Teknologi Jalur Lebar: Ruang dan Peluang bagi Koperasi. Program tersebut diadakan pada 18 Mac 2010 di Auditorium Dato' Abdul Malik MKM Petaling Jaya telah dirasmikan oleh Y. B. Dato' Tan Lian Hoe, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK). ALK yang mengikuti program ini ialah Sdr. Mohamad bin Maon, Sdr. Mohd Noor bin Zakaria dan Puan Normah bt. Sarkawi.
Objektif program ini adalah
  • Untuk memberikan pendedahan mengenai Teknologi Jalur Lebar (BroadBand)
  • Untuk mempertingkatkan pengetahuan dalampenggunaan Teknologi Jalur Lebar dan
  • Untuk mendedahkan ruang dan peluang hasil daripada penggunaan teknologi jalur lebar yang boleh digunakan oleh gerakan koperasi dalam usaha meningkatkan produktiviti

Walaupun program ini diadakan setengah hari ianya memberikan ilmu dan pengetahuan yang amat berguna kepada semua koperator mengenai teknologi terkini.

Friday, March 05, 2010

Mengikuti Kursus Penulisan 'Bestseller'

Peserta kursus bergambar dengan encik Fauzul tenaga pengajar penulisan super
Encik Fauzul Naim selaku Facilitator dan juga tenaga pengajar sedang menyampaikan ceramahnya. Beliau juga merupakan Pengurus Besar syarikat PTS


Peserta kursus di antaranya saya. ditengah Ali Akbar Khan (Konsultan) dan di hujung Prof Dr Ir Mohd. Jailani (UKM)


Pada 29 - 31 Januari 2010, saya telah mengikuti kursus penulisan buku 'bestseller' yang dianjurkan oleh PTS. Kursus tersebut telah diadakan di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Kursus ini memberikan peluang penulis-penulis baru untuk menghasilkan karya mereka. Kesemua peserta kursus seramai 38 orang adalah terdiri dari kalangan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, konsultan dan juga dikalangan ahli akademik seperti doktor perubatan, pensyarah dan professor. Mereka-mereka ini mengikuti kursus untuk mempelajari kaedah penulisan buku yang boleh menarik pembaca berminat untuk membaca sesebuah karya.


Diakhir kursus, peserta dikehendaki mencari idea, apakah buku yang bakal dibuat dan akan diterbitkan. Oleh itu pihak PTS telah memperolehi sebanyak 38 judul buku dalam bentuk draft yang telah disediakan oleh peserta semua. Insya'Allah kalau tiada halangan dalam masa setahun masa yang diberikan oleh penerbit kalau tiada halangan akan berada dipasaran.