Monday, October 29, 2012

Buat Aqiqah Cucu yang Sulung

Pada hari minggu tanggal 28 Oktober 2012 yang lalu, saya bersama isteri Normah membuat aqiqah dua ekor kambing untuk cucu lelaki bernama Muhammad Rayyan anak kepada Khairil Anuar dan Nurul Nazmi. Aqiqah dibuat sempena pada tiga Hari Raya Aidil Adha di rumah Ustaz Ariffin Harun di Teras Jernang, Bangi. Disamping Aqiqah, dilaksanakan juga korban 3 ekor lembu yang disumbang oleh ahli-ahli usrah yang belajar dengan Ustaz Ariffin. 

Thursday, October 25, 2012

Trip ke USS

Pada 5 - 7 Oktober 2012 yang lalu, kami sekeluarga melancong ke Singapura. Oleh kerana telah lama meninggalkan Singapura hampir 40 tahun, hati mengimbau kembali untuk melihat situasi di Singapura. Selama  tidak ke Singapura keadaannya telah banyak berubah. Pemergian kesana adalah bersama trip rombongan dengan menaiki bas bayaran pakej seorang sebanyak RM370.00 untuk dua hari satu malam. Hari pertama, kami dibawa mengelilingi Singapura dan singgah di beberapa tempat untuk ber'shopping'. Antara lokasi yang kami lawati adalah Mesjid Sultan di Kg Gelam dan bersolat di sana, Arab Street, Kedai Martabak Zamzam. Mustaffa Shopping Centre, Esplanade, Flyer dan beberapa tempat lagi. Antara tempat yang sempat dirakamkan seperti gambar dibawah


Peserta yang mengikuti rombongan ke USS


Mesjid Sultan Kg. Gelam


Kedai Martabak ZamZam yang terkenal di Arab Street


Pusat Shooping "Mustafa Centre"

da hari kedua, ke USS di pulau Sentosa disana 


p

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Sempena kedatangan 10 Zulhijjah 1433 bersamaan 26 Oktober 2012 (hari Jumaat), saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua Umat Islam terutama umat Islam yang berada di Makatul Mukarramah ketika ini yang sedang berwukuf di Arafah untuk menunaikan fardhu haji, moga-moga mereka ini beroleh haji yang mabrur daripada Allah SWT. Insya Allah.

Selamat Hari Raya Aidil Adha - maaf zahir batin

Sunday, October 21, 2012

Menjejaki Pesara Keselamatan 4

Baru-baru ini pada awal bulan Oktober 2012, saya sempat berjumpa dengan seorang pesara keselamatan yang masih lagi aktif dan bekerja dengan sebuah syarikat besar iaitu Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) sebagai Pegawai Keselamatan. Dalam pertemuan saya dengannya ketika saya melawati beliau di Seremban, beliau kelihatan sihat dan segak walaupun usia beliau telah mencapai tahap 60 tahun. Beliau yang saya maksudkan ialah sdra Hamzah bin Redza seperti gambar dibawah. Semasa dalam perkhidmatan dengan LLN/TNB beliau berpangkat Sarjan dan berkhidmat di Stesen Janaelektrik Sultan Salehuddin Ab. Aziz Kapar Selangor.
\

sdra Hamzah Redza ketika saya temui beliau di Seremban

Seorang lagi pesara keselamatan adalah seorang Eksekutif yang baru sahaja bersara pada usia 56 tahun. berjawatan Ketua Inspektor. Beliau adalah Tuan Hj. Ahmad Nasir bin Abdul Rahim. Beliau merupakan rakan karib saya ketika bertugas di bawah satu seksyen yang mana beliau mengetuai Seksyen Latihan. Beliau kini menetap di Bentong Pahang, kelihatan sihat daripada segi fizikal dan beliau saya rasa masih boleh lagi berkhidmat sehingga 60 tahun tetapi beliau tidak ingin meneruskan perkhidmatan kerana ingin berehat, 

a

Tuan Hj. Ahmad Nasir bin Abdul Rahim

Akhirnya saya mendoakan kepada dua orang pesara diatas, semoga mereka beroleh kesihatan didalam menempuh alam persaraan sebagaimana saya yang sudah bersara selama 7 tahun. 

Wednesday, October 03, 2012

Kenangan Bersama Pesara Keselamatan di Utara

Assalamualaikum wbt kepada semua anggota keselamatan tnb, terutama kepada bekas-bekas anggota keselamatan semasa dalam perkhidmatan LLN dan juga TNB. Dibawah ini, adalah gambar yang dirakamkan semasa En Mohd. Noor, En. Kamarulzaman dan juga Tuan Hj. Ibrahim dalam lawatan ke Utara Tanah Air untuk menziarahi member-member lama yang telah bersara dan bertanya khabar. Mereka-mereka ini kelihatan dalam gambar masih sihat walaupun diantaranya telah mencapai usia 70 tahun 


Kelihatan dalam gambar, saya sebutkan nama yang saya kenal antaranya dari kanan ke kiri: Kamarulzaman Ahmad. Mohd Radzi Mat Saman. Mohd. Noor Zakaria, Hj. Ahmad Lebai Kadir, disebelahnya saya tak tahu nama dan dibelakang Kamarulzaman saya tak tahu namanya, Ghazali Gubramiah, Mohd. Sidek dan Hj. Ibrahim Mohamed.

Saya mengambil kesempatan disini, semoga pesara keselamatan berada didalam kesihatan dan Insya' Allah jika ada masa dan luang kita akan berjumpa dan mengeratkan lagi silaturrahim yang terputus kerana bersara dari perkhidmatan - Mohamad bin Maon

Monday, October 01, 2012

Menjejaki Pesara Keselamatan 3

Baru-baru ini pada 30 September 2012, kami telah mengadakan pertemuan dengan beberapa orang pesara keselamatan didalam satu mesyuarat yang diadakan di Klang. Pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan aktiviti koperasi yang diasaskan oleh pesara itu sendiri. Antara pesara berikut adalah seperti dibawah dan mari kita kenali pesara berkenaan:


Gambar di atas adalah Encik Mohd Noor bin Zakaria berusia 65 tahun, kini seorang kontraktor yang berjaya dikalangan pesara-pesara yang lain dan mempunyai syarikatnya sendiri. Kini beliau menetap di Klang . Beliau bersara dengan pangkat Kopral.


Berikut ini pula adalah pesara yang bernama Hj. Ibrahim bin Mohamed bekas seorang Sarjan Mejar yang kini menetap di Ipoh berusia 64 tahun, masih sihat dan selalu berjoging dan masih aktif bersukan kerana menurutnya untuk menjaga kesihatan. Baguslah tu....


Gambar di atas ini adalah pesara Johari bin Sharif bekas seorang Kopral kini menetap di Seremban dan berusia 62 tahun. Beliau juga merupakan seorang yang berjaya didalam bidang perniagaan. 


Yang ini pula pesara Hussin bin Abdul Rahman bekas seorang Sarjan Mejar, beliau berusia 59 tahun dan sekarang menetap di Tapah Road. Beliau kini menjalankan kerja-kerja sendiri. Masih sihat tubuh badan.

Begitulah 4 orang pesara yang sempat saya rakamkan gambar terbaharu mereka untuk tatapan rakan-rakan pesara ataupun yang masih berkerja. Insya' Allah kita berjumpa dengan pesara-pesara yang lain dalam entry akan datang. - Laporan Mohamad bin Maon