Saturday, April 20, 2013

Mengimbau Kembali Kenangan Masa Lalu Bah. 1

Semenjak bersara pada usia 56 tahun 2005, sudah 8 tahun aku meninggalkan perkhidmatan, banyak kenangan yang mengimbau kembali pada zaman remaja yang bermula dari alam persekolahan, berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Letrik Negara/Tenaga Nasional Berhad (LLN/TNB). 

1.   Kisah ini bermula di alam persekolahan pada tahun 1956 - 1961 selama 6 tahun di sekolah rendah Kg Gelam, Melaka. Dalam darjah 6, aku mengambil peperiksaan sekolah menengah bertempat di sekolah  kebangsaan Tangga Batu. Keputusan peperiksaan tersebut aku lulus dan aku dimasukkan ke Sekolah menengah Gajah Berang dalam 'remove class' kerana  menukar aliran Inggeris. Tetapi aku tidak memasuki kesekolah tersebut kerana di kampong ketika itu tiada siapa yang menjaga dan menguruskan persekolahanku. Aku mengikuti bapa ku ke Singapura. Maka sampai disini kisah ku di kampong.


 menyertai sukan sekolah rendah Kg Gelam Melaka ketika itu dalam darjah 4

2.   Sampai di Singapura kerana mengikut bapa yang bekerja di sana, aku menyambung persekolahan didalam darjah 6 semula pada penggal ketiga di Sepoy Line School dan mengambil peperiksaan sekolah menengah lagi sekali dan lulus dan dimasukkan ke Monk's Hill Secondary School (MHSS) Bukit Timah Singapura.


Bergambar dengan rakan ketika dalam Secondary 3 (Sec 3) (1965)

3.    Tahun 1966 kembali ke Melaka setelah tamat sekolah dan kerja kampong dan berpersatuan. 1967 mengikuti kursus di Pertak.

           
           Mengikuti kursus Tarian dan Drama di Pertak Kuala Kubu Bahru, Selangor (1967)

4.   Tahun 1968 aku mulai dengan kerjaya iaitu memasuki perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bermula dengan latihan di Pusat Latihan Rekrut Port Dickson selama 6 bulan. Selepas tamat latihan awal Januari 1969 aku ditukarkan berkhidmat di Batalion ke 8 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ketika itu di Kem Sungai Besi Kuala Lumpur dan bulan Mac tahun  yang sama  ke Sarawak selama 3 tahun. Pada tahun 1976 di tukar ke Batalion baru yang baru ditubuhkan iaitu Batalion ke 19 RAMD Kem Lapangan Terbang Sungai Petani Kedah. Di 19 RAMD aku menamatkan perkhidmatan dari ATM pada 4 Julai 1978 setelah berkhidmat selama 10 Tahun.


 Kenangan dgn Allahyarham Syed Hussin Syed Salim       Gambar dirakam ketika operasi


Ketika bertugas di Lawas Sarawak penghujung tahun 1970


Kem Semenggo Kuching Sarawak ketika aktif dalam bidang sukan mewakili batalion (1969)


Gambar dengan TNI di Kem Pos Biawak Sarawak sempadan dengan Indonesia


Perbarisan perpisahan setelah berkhidmat di Sarawak selama 3 tahun di Kem Semenggo Kuching

.

Gambar diatas  sebagai 'prade commander' tamat kursus kadar 19 RAMD
memberi penghormatan pada CO dan disini juga aku dinaikan pangkat kepada kopral

5.   Pada penghujung tahun 1978 aku bertukar kerjaya dari ATM yang penuh dengan disiplin ke kerjaya alam civilian dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Mersing Johor. 

                                           
  
Gambar ini ketika bertugas di LKIM Mersing, Johor selepas berhenti dari perkhidmatan ATM


bersambung........

Wednesday, April 17, 2013

Pentingnya Solat Dalam Kehidupan Kita

Semua orang yang beragama Islam wajib tahu betapa pentingnya solat...sehingga ditegaskan meninggalkan solat dengan sengaja atau tidak melakukan solat ditafrifkan telah melakukan dosa besar. Solat ini adalah penghubung diantara makhluk dengan Khalik (Pencipta). Oleh itu, kalau kita hidup seribu tahun, jika tidak melakukan solat tidak bermakna hidup didunia ini hanya kosong semata-mata.

Selain daripada itu...solat juga akan memperbaharui shahadah kita...kerana dalam solat itu ada shahadah..jika tidak solat bagaimana kita hendak memperbaharui shahadah tersebut. perhatikan lah...




Saturday, April 13, 2013

Sdra Lamree bin Chachak Kembali ke Rahmatullah


Pada hari rabu 10 Mac 2013 saya mendapat berita daripada seorang rakan saya iaitu Tuan Hj Yahya bin Arifin memberitahu bahawa sdra Lamree bin Chachak (gambar di atas) telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Tawakkal Kuala Lumpur pada jam 3 petang. Beliau mengalami sakit jantung, darah tinggi dan komplikasi buah pinggang. Beliau juga diberitakan sering mendapat rawatan hospital. Beliau memang saya kenali ketika semasa hayatnya dan telah bersara dari perkhidmatan keselamatan lebih dari sepuloh tahun. Dengan pemergian beliau kerahmatullah, semoga Allah tempatkan beliau bersama-sama dengan para sholihin. Insya Allah.