Sempena menyambut tahun baru 2015, saya mengucapkan semoga era 2015 kita akan beroleh kejayaan dan kerahmatan dari Allah SWT dan tahun 2014 hanya tinggal kenangan dan menjadi sejarah untuk diingati dimasa-masa mendatang.
Berita terkini dan semasa mengenai aktiviti koperasi & pesara keselamatan TNB
Wednesday, December 31, 2014
Saturday, December 20, 2014
Mesyuarat ALK KPPK TNB ke 2
1. Pada hari ini iaitu 20 Disember 2014 jam 12 tengahari di pejabat koperasi telah diadakan mesyuarat ALK ke 2 Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB (KPPK TNB) selepas mesyuarat pertama di Seremban pada 8 November 2014. Mesyuarat ini diadakan adalah untuk tindakan ekoran mesyuarat yang lalu tetapi malangnya tiada sebarang perubahan.
2. Kehadiran pada mesyuarat kali ini adalah seperti biasa iaitu ALK yang paling setia dan paling kerap hadiri dalam setiap mesyuarat adalah:
2. Kamarulzaman Ahmad (Seremban)
3. Mohamad Maon (Klang)
4. Normah Sarkawi (Klang)
5. Adanan Kasian (Batu Pahat, Johor)
6. Mohd. Noor Zakaria (Klang)
7. Johari Sharif (Seremban)
Yang tidak hadir atas pelbagai urusan adalah
1. Ibrahim Mohamaed (Ipoh, Perak)
2. Hussin Abd Rahman (Tapah Road, Tapah)
3. Ahmad Bakri Mohd. Zahir (Pasir Gudang, Johor)
4. Tan Baba (Cheras, KL)
5. N.R. John (Kuala Lumpur)
3. Sesebuah koperasi yang ingin berdaya maju, pengerusinya mestilah mempunyai sikap pro aktif, dengan sikap demikian akan membantu ALK yang lain memainkan peranan. Tidak sebagaimana ketika saya menjadi pengerusi, dimana saya selain jadi pengerusi, saya juga bertindak sebagai setiausaha dengan menyiapkan segala minit-minit mesyuarat dan menjalankan pentadbiran, begitu juga saya bertindak sebagai bendahari dengan menyediakan penyata kewangan dan lain lagi, pendek kata saya menjalankan tugas dan peranan "one man show", kerana ALK yang diberi tugas dan peranan tidak berfungsi,
4. Dengan sebab itulah, jawatan dalam koperasi yang tidak mempunyai aktiviti, perlu penggiliran bagi jawatan penting dalan koperasi diganti dengan ALK yang lain, supaya peranan setiap ALK dapat merasakan bahawa untuk menghidupkan dan menggerakkan koperasi mengikut acuan kepimpinan yang baru.
5. Dengan harapan ini, semoga pengerusi yang ada akan membawa koperasi dengan hala tuju sesuai dengan kehendak UUK dan anggota koperasi khasnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)