Pada penghujung bulan 3 yang lalu saya bersama Tn Hj. Ahmad Rusli dan Tn Hj. Ibrahim Mohamed telah berada di Bakun Sarawak kerana mengendalikan satu program Latihan Keselamatan bagi mengajar kepada anggota Pengawal Keselamatan yang baru ditubuhkan di Stesen Hidro Bakun bagi mengambil alih dari kawalan swasta. Program ini atas undangan En. Zubir Daharun sebagai Pengurus Keselamatan yang menubuhkan unit keselamatannya sendiri,
Program selama 3 hari itu adalah memfokaskan peranan, tugas dan
tanggungjawab pengawal keselamatan. Mereka semua ini adalah terdiri daripada anak tempatan dari seluruh pelusuk Sarawak.
Bakun Hidro, Sarawak
anggota keselamatan yang sempat kami bergambar bersama mereka
anak tempatan Sarawak yang menganggotai keselamatan dengan segak berpakaian seragam
kenangan bersama eksekutif Hidro Bakun dan pegawai dari kementerian disebelah kanan sekali