Monday, April 18, 2016

Mesyuarat ALK akan datang di Langkawi

Sejak koperasi ditubuhkan, koperasi belum pernah mengadakan mesyuarat yaug jauh dari KL kalau adapun di Seremban. tetapi kali ini atas permintaan ALK untuk mengadakan mesyuarat di Langkawi dipersetujui pada bulan Mei 2016 atas bajet persendirian dengan menaiki tren ETS dari KL ke Arau. Menaiki tren ini boleh dikatakan semua ALK adalah warga emas maksudnya 60 tahun ke atas mendapat hampir 50% discount. kalau ada yang belum mencapai warga emas mereka boleh menggunakan kad persara kerajaan masih lagi mendapat diskaun 40 %.  

Mengadakan mesyuarat di Langkawi adalah bertujuan untuk mendapat suasana yang berbeza dan ketenangan fikiran yang akan membuahkan hasil dan juga selain daripada itu, mereka boleh ber"shopping" sempena ketibaan Ramadhan dan Syawal tidak berapa lama lagi.

Bajet seorang warga emas satu perjalanan adalah seperti berikut
1. Tambang tren ETS dari KL Central ke Arau RM 53.00
2. Tambang teksi dari Arau ke Kuala Perlis RM18.00 *sebuah teksi naik 3 orang bahagi 3 jadi seorang RM6.00
3. Tambang feri Kuala Perlis ke Langkawi RM18.00
4.  Penginapan semalam satu bilik 2 orang RM98.00 bahagi 2 RM49.00

Bajet keseluruhannya seorang warga emas, perjalanan pergi dan balik berjumlah RM 252.00 (tidak termasuk kos-kos yang lain)

Untuk makluman ALK, kita akan menginap di Penarak Beach Motel, Kuah Langkawi/

Perjalanan pada 14 Mei 2016 balik pada pagi 16 Mei 2016

Tuesday, April 12, 2016

Perjumpaan Dengan Pegawai SKM Wilayah Persekutuan

Hari ini pada 12 April 2016 jam 9.45 pagi bertempat di Pejabat SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB yang diwakili oleh Hj Ahmad Rusli dan En Mohamad Maon telah mengadakan perjumpaan dengan pihak SKM iaitu Cik Nor Izzati dan Puan Noriza  bagi membincangkan mengenai pinjaman pembangunan yang diperuntukan kepada koperasi. Didalam perbincangan tersebut pihak SKM meminta koperasi mengisi maklumat secara online dengan SKM.


Perbincangan dengan pegawai SKM di pejabatnya

Perjumpaan ini diadakan adalah bertujuan untuk memohon kepada SKM bagi mendapatkan dana pembangunan bagi koperasi untuk memulakan aktiviti urusniaga. Untuk itu, SKM meminta koperasi memasukkan segala maklumat didalam DKoop untuk diproses dan tindakan lanjut mereka




Monday, April 04, 2016

Latihan Lanjutan Pengawal Keselamatan Sarawak Hidro, Bakun

Pada 1 April 2016 bertempat dibilik mesyuarat Sarawak Hidro Bakun di tingkat 19, CP Tower sek 3 Petaling Jaya, Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan (KPPK) TNB yang diwakili dua pegawai utamanya iaitu Hj. Ahmad Rusli Ibrahim dan En Mohamad Maon telah mengadakan perbincangan dengan Puan Lisa Pengurus Latihan Sumber Manusia bersama En Zubir Pengurus Keselamatan Sarawak Hidro Bakun mengenai latihan lanjutan anggota Pengawal Keselamatan (Polis Bantuan) Stesen Janaelektrik Bakun



Hasil dari perbincangan berkenaan, pihak SHSB bersetuju melantik tenaga pengajar dari koperasi untuk melatih dalam latihan lanjutan pengawal keselamatannya. Perkara lain yang dibincangkan adalah:-

        i.    Latihan Lanjutan ini akan dijalankan selama 8 hari bagi dua kumpulan pengawal keselamatan yang akan bermula pada 23 – 26 Mei 2016 bagi kumpulan pertama dan 30 Mei – 2 Jun 2016 bagi kumpulan kedua. Bagi kedua-dua kumpulan ini akan menggunakan silibus latihan yang telah dimajukan kepada pengurusan mereka dengan sedikit pengubahsuaian 

        ii.     Latihan selama 8 hari ini, Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB) akan membayar pakej sebanyak RM40,000.00 kepada Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB untuk tujuan tersebut.


      iii.     Sarawak Hidro akan bertanggungjawab untuk menyedia dan membekalkan tiket penerbangan pergi balik penceramah termasuk penceramah jemputan, kenderaan dari lapangan terbang ke Bakun dan di sekitar lokasi projek, Bilik Kursus yang sesuai di perkarangan Club House Bakun, Bilik Kediaman yang sesuai untuk penceramah, Makan minum sewaktu kursus dijalankan, stationeri secukupnya, serta alat kelengkapan bantuan seperti LCD Projector, TV Monitor, dll.,

      iv.   Koperasi akan menyediakan nota-nota pelajaran dan sijil serta kertas soalan dan peralatan lain yang difikirkan perlu Koperasi bersetuju mengemukakan profail koperasi seperti yang diminta oleh SHSB bersama dengan inbois dan sebut harga yang berkaitan