Wednesday, December 21, 2016

Ke Palembang Indonesia bersama Trip Ustaz Ismi (Darul Mubarak)

Sebenarnya saya dah terlewat nak postingkan blog ini, kerana dah terlupa disebabkan banyak aktiviti yang diberi keutamaan, seperti mengadakan mesyuarat agong tahunan koperasi pada 30 Oktober 2016, menyiapkan dan menyediakan paper-paper untuk latihan keselamatan di Bakun yang bermula pada 1 hingga 14 November 2016, menghadiri beberapa mesyuarat dan aktiviti koperasi bagi projek yang dianjurkan oleh koperasi.

Trip saya ke Palembang Indonesia adalah satu rangka program untuk melihat keadaan dan tempat yang menarik di sekitar negara jiran kita. Trip ini bersama dengan isteri saya adalah selama 4 hari 3 malam yang bermula pada 23 Oktober hingga 26 Oktober 2016.

Di Palembang kami bermalam di Hotel Batiqa. Hari pertama kami dibawa berjalan dipersekitaran pekan dan melihat suasana di pekan tersebut

 Pada hari berikutnya kami menyusuri Sungai Musi dengan menaiki cruise menuju ke Pulau Kemaro (Pulau Kemarau) yang memakan masa hampir satu jam. Kami melalui dibawah Jambatan Ampera (Amanat Penderitaan Rakyat) dan melihat pemandangan dipersekitaran sepanjang sungai yang dilalui amat menarik dengan panorama yang mempesonakan.

              Menaiki feri ke Pulau Kemaro

Perkampungan di tepi sungai musi


Menelusuri di bawah Jambatan Ampera


Isteri saya dengan bergaya dan bercermin mata turun dari feri 


Pulau Kemaro menyambut kedatangan saya


catatan yang ada di Pulau Lagenda Kemaro


bergambar kenangan dengan rakan trip Palembang

Kami juga dibawa melawat Rumah AlQuran terbesar didunia dan diberi taklimat serta bergambar untuk kenang-kenangan







Kami dibawa melawat muzeum dan dipersekitarannya serta mengabadikan kenangan (grup foto)








Melawat ke Masjid Cheng Ho, satu-satunya masjid Laksamana Cheng Ho yang ada di Palembang dan bersolat sunat didalamnya







Banyak tempat yang kami dibawa melawat, semuanya ini membawa kenangan manis apabila kami pulang ke Malaysia nanti


layan diri membeli kerepek di pasar


 memilih dan membeli kain langsir untuk dibawa pulang


bergambar di restoran tepi sungai selepaas menikmati hidangan makan malam dan sambil berkaraoke


karaoke dengan lagu Broery Marantika 'berhembus angin malam'



 kenangan bersama ustaz Ismi

Pada 26 Oktober selepas makan tengahari kami berangkat balik dengan penerbangan Airasia dan selamat kembali ke Malaysia pada jam 4 petang. Begitulah kenangan bersama grup Ustaz Ismi ke Palembang Indonesia. Sekian terima kasih dari mohamad bin maon dan jumpa lagi di 'next trip'. Insya Allah.


Thursday, December 01, 2016

Latihan Anggota Keselamatan di Stesen Hidro Bakun

Awal bulan November iaitu pada 1 hingga 14 November 2016 selama 2 minggu saya bersama rakan saya dalam jawatankuasa Latihan dan Pendidikan Koperasi berada di Sarawak. Beradanya kami di sana adalah untuk melatih dan mengajar anggota-anggota keselamatan (Polis Bantuan) yang bertugas di Stesen Hidro Bakun, Sarawak. Anggota Polis Bantuan ini adalah terdiri dari anak tempatan yang baru ditubuhkan dalam tempoh dua tahun, semasa mereka berada di bawah Pengurus Keselamatan Allahyarham Zubir Daharun. 

Saya ke Bakun termasuk yang kali ini adalah sudah 3 kali. Pertama atas jemputan Allahyarham Zubir untuk menyampaikan ceramah secara sepintas lalu mengenai pentingnya tugas dan tanggungjawab pengawal keselamatan bersama Hj. Ahmad Rusli dan Hj. Ibrahim Mohamed. Kedatangan saya pada kali kedua pula adalah bersama Hj. Ahmad Rusli adalah atas kehendaki pengurusan yang meminta kami untuk menyiasat kes jenayah syariah. 

Pada kali ini kedatangan kami adalah bertiga dengan Hj. Ahmad Rusli, Hj. Ahmad Nasir dan saya sendiri untuk menyempurnakan dan menyampaikan ilmu dibidang keselamatan kepada semua pegawai dan pengawal keselamatan di Bakun selama 12 hari terus menerus didalam 3 kumpulan. 

Tujuan kursus ini diadakan adalah lanjutan program yang sudah dirangka bersama semasa Allahyarham Zubir masih berkhidmat di Bakun. Oleh kerana kursus ini melibatkan semua anggota keselamatan dan tidak mahu menganggu tugas-tugas giliran mereka, maka kursus ini dibahagikan didalam tiga kumpulan. Kumpulan pertama bermula 2 - 5 November 2016, kumpulan kedua bermula pada 6 - 9 November 2016 dan kumpulan ketiga pada 10 - 13 November 2016. Kumpulan-kumpulan tersebut seperti gambar berikut:-



Kumpulan Pertama di ketuai oleh Eksekutif Keselamatan Puan Juhiri


Kumpulan Kedua di ketuai oleh Sjn Jeffrey


Kumpulan Ketiga di ketuai Sjn Ramizi

Banyak subjek yang diajar meliputi tugas-tugas seharian termasuk Akta Polis dan kawasan & tempat larangan termasuk etika kerja pengawal keselamatan. Sepanjang latihan yang dijalankan semua anggota memberikan tumpuan dan fokas pada setiap bidang pelajaran yang diajari. Disamping itu diberikan kerja berkumpulan dimana setiap kumpulan diberikan satu assignment yang akan dipersembahkan diakhir kursus.


Tenaga pengajar Mohamad Maon sedang menyampaikan ceramah didalam subjek jenayah dan semua peserta memberikan fokas kepada subjek ini 




Diakhir kursus sijil disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Abd Ghani Patail, Pengerusi Lembaga Pengarah SHSB kepada peserta-peserta kursus. Berikut adalah diantara beberapa anggota yang sempat dirakamkan menerima sijil kursus daripada YBhg. Tan Sri Abd Ghani Patail. 


Penerima sijil Sjn Jeffrey


Salah seorang penerima sijil daripada YBhg Tan Sri Abd. Ghani Patail


Penerima sijil Kpl Zuraida


Sijil disampaikan kepada Sjn Ramizi


Bergambar bersama Major Untai yang akan mengambil alih pengurus keselamatan Bakun untuk mengisi kekosongan jawatan atas berpergiaanya Allahyarham Zubir Daharun keRahmatullah. Dibelakang ialah Tuan Hj. Ahmad Rusli Ibrahim dan Tuan Hj. Ahmad Nasir Abd. Rahim adalah tenaga Pengajar bagi Kursus lanjutan Polis Bantuan. Gambar ini ketika penyampaian sijil kepada peserta kursus diadakan