Tanggal 6 Mac 2017 saya bersama Encik Mohd. Noor Zakaria dan Encik Basharudin Abdullah membuat lawatan dan menziarahi ke rumah Arwah Hussin Abdul Rahman di Tapah Road. Kami bertiga semuanya daripada Klang. Kami diberitakan bahawa arwah Hussin meninggal dunia sebaiknya sahaja beliau tiba pada 5 Mac 2017 di Malaysia dengan Air Asia setelah menunaikan Umrah di Makkatul Mukaramah.
kenangan arwah Hussin ketika di Mekah dengan pakaian umrah
Sebaik kami tiba dirumah beliau sekitar jam 1.30 tengahari kami disambut oleh anak arwah Husin yang bernama Azam dan Dr Hasniah.
Azam yang duduk bersama En Mohd Noor turut sama menunaikan umrah dengan kedua ibu bapanya menceritakan kepada Encik Mohd Noor keadaan bapanya ketika di Mekah, dalam kapal terbang dan di KLIA.
Mengikut cerita yang diceritakan oleh anak beliau bernama Azam yang sama turut menunaikan umrah. arwah telah mengalami demam dan kesejukan semasa di Makkah, namun beliau boleh berjalan dan sukar bernafas. Namun begitu beliau boleh balik ke malaysia dengan penerbangan selama 9 jam. Sebaik tiba di lapangan terbang KLIA beliau semakin kritikal dan dibawa ke Hospital Putra Jaya. lebih kurang jam 2.30petang beliau menghembuskan nafas dan pergi buat selama-lamanya. Cerita ini disampaikan oleh anak perempuannya yang sulung Dr Hasniah (gambar) yang bertugas di Hospital KL .
Arwah dikebumikan pada malam tarikh yang sama iaitu 5 Mac 2017 sekitar jam 1.45 pagi sebaik sahaja keluar dari hospital Putra jaya dan dibawa balik untuk disemadikan di Tapah Road.
Kami mendoakan semoga arwah damai dan tenteram didalam rahmat Allah dan ditempat bersama dikalangan para suhada' dan solehin. Amin.
- mohamad bin maon