Friday, May 26, 2017

Trip Ke Negara Balkans - Vodenice Watermill

Antara negara yang dilawati dalam trip ke Negara Balkans dan Greece melalui pakej bermula pada 27 April hingga 10 Mei 2017 adalah salah satu tempat yang unik iaitu mengisar tepung mengguna daya air. Kincir air ini terletak dengan bandar Jajce.



Vodenice Watermill - Bosnia

Gambar di atas adalah kincir air. Didalam rumah kecil ini adalah pengisar tepung yang menggunakan kincir air yang bertujuan untuk mengisar tepung dengan menggunakan daya air sungai yang dipintaskan melalui anak sungai kecil ke kawasan ini untuk memusingkan kisar tepung sehingga halus. Sekarang tempat ini dijadikan tempat pelancungan dengan pemandangan yang menarik dan unik.

Wednesday, May 24, 2017

Menziarahi Bekas Ketua Pegawai Keselamatan LLN/TNB

Pada hari ini tanggal 24 Mei 2017, saya diberitahu bahawa Tuan Hj. Ahmad Rusli bin Hj Ibrahim bekas Ketua Pegawai Keselamatan LLN/TNB di beritakan tidak sihat, Berita ini di 'posting'kan sendiri oleh tuan yang empunya diri. Oleh itu saya menerima panggilan daripada En. Mohd Noor Zakaria dan En. Halim Ishak yang mengatakan bahawa Tuan Rusli sakit dan dimasukkan didalam FaceBook (FB). Saya mengatakan bahawa saya sudah lama tidak meng'akses' dan tidak 'up-date'kan FB. 


Apabila saya mendapat tahu maka saya dihubungi oleh En. Mohd Noor dan En. Halim Ishak maka saya bersetuju untuk menziarahi Tuan Rusli. Lebih kurang jam 11.30 pagi saya bersama En Mohd. Noor dan Encik Basharuddin bergerak dari Klang menuju ke Bentong dengan menaiki kereta Encik Mohd. Noor.  Sebaik tiba dirumah Tuan Rusli lebih kurang 12.30 tengahari, saya kelihatan Tuan Rusli dalam keadaan baik walaupun beliau tidak sihat sepenuhnya. Saya bersyukur melihat keadan beliau bertambah ceria apabila kami tiba bersama Encik Halim dan Hj Ahmad Nasir yang telah tiba dahulu daripada kami bertiga. 


Sebenarnya saya dengan Tuan Rusli amat rapat setelah kami semua bersara dari perkhidmatan keselamatan LLN/TNB kerana kami bersama menubuhkan koperasi pesara yang kini beliau sebagai pengerusi dimana saya sebagai setiausaha dan mengwujudkan konsultan keselamatan dan kami juga berdua menjadi tenaga pengajar bagi anggota Polis Bantuan Sarawak Hidro Bakun. 

Dengan ziarah kami itu, kami berharap dan mendoakan beliau beroleh kesihatan daripada Allah SWT. Semoga beliau di panjangkan usia dan diberkati usia beliau yang telah lalu. Insya' Allah.