Pada 2 Mei 2017 (selasa) hari kelima Program Trip Sarajevo/
Jablanica/Blagaj
Selepas sarapan pagi dan check-out dari hotel jam 8.30 pagi, kami bergerak dalam perjalanan hampir setengah jam ke Kedai Nerzz kedai yang
menjual peralatan dan pakaian kulit. Walaupun harganya agak mahal jika dibandingkan dengan harga di Malaysia ianya masih lagi murah, kata mereka yang membelinya. Kebanyakannya mereka membeli
jaket kulit bagi menampong kesejukan di Sarajevo.
Selepas shopping, kami ke R&R Restoran Kavacivic Jablanica dengan hidangan
makan daging kambing panggang. Dari restoran ini kelihatan pemandangan amat menarik dengan kedudukannya yang strategik dan
keadaan alam dan muka bumi yang berbukit-bukit dan bergunung lagi menambah keenakan dan kenyaman menikmati makanan yang disajikan.
Selepas makan kami semua singgah dimasjid dan bersolat jamak. Selepas bersolat kami melawat ke tempat perkampungan
sufi di Balagaj.
gambar-gambar di atas adalah di persekitaran kawasan perkampungan sufi
Dan selepas itu, kami bergerak menuju ke hotel dan check-in di Hotel Hacergovina pada jam 6.30 petang
Pada 3 Mei 2017 (Rabu) ke Mostar ....bersambaung bahagian ke 4
Pada 3 Mei 2017 (Rabu) ke Mostar ....bersambaung bahagian ke 4