Saturday, October 19, 2019

Koperasi Pesara Keselamatan TNB

Sejak tertubuhnya koperasi sehingga kini hampir 11 tahun tetapi masih belum ada nampak cahaya masa depannya. Walaupun perbincangan demi perbincangan telah diadakan, dan berbagai cadangan dan pandangan termasuk usul bagi aktiviti koperasi yang diutarakan namun sehingga kini masih berada ditahap dan takuk lama, tiada sebarang perubahan. Mungkin ALK yang terdiri daripada otai-otai masih belum ada kemampuan untuk meneruskan survival koperasi.

Saya mempunyai harapan yang baik terhadap koperasi sekiranya  di kalangan ALK mempunyai perancangan yang jitu, tidak ada sebab kita sebagai ALK tidak boleh menghadapi situasi mendatang yang lebih mencabar. Insya 'Allah kita akan berjaya...

Menziarah Kematian Isteri Tn Hj. Rusli di Bentung

1.   Pada 17 Oktober 2019, saya mendapat berita bahawa isteri kepada Tuan  Hj. Rusli bekas Boss Keselamatan LLN/TNB Puan Hajah Norkasdirella 76 tahun meninggal dunia di Hospital Tawakkal Kuala Lumpur. Kematian isteri beliau adalah akibat serangan jantung. Oleh kerana kami terlalu rapat dengan Tuan Rusli dan kenal baik dengan isterinya, kami turut menziarahi atas kematian isteri beliau. 

2.  Saya dengan Tuan Rusli adalah perancangan penubuhan koperasi sehingga kini, sehinggakan kami membuat latihan keselamatan di Bakun pun kami juga bersama beliau. Beliau adalah pengerusi pertama Lembaga Koperasi yang kami lantik bersama saya sebagai setiausaha sehingga kini sudah tertubuh selama 11 tahun.

3.   Saya bersama sdr Basharuddin Abdullah menziarah kerumah beliau di Kg Ketari, Bentong, Pahang. Sesampai saja kami berdua di rumah beliau, Allahyarhamah isterinya telah dikebumikan selepas solat asar. Jadi kami hanya berjumpa Tuan Rusli sahaja dan mengucapkan takziah atas kepergiannya ke Rahmatullah isteri beliau. Kami tiba di Bentung perjalanan dari Klang sekitar jam 6 petang dengan keadaan hujan yang terlalu lebat. Lebih kurang 15 minit kami berjumpa dengan Tuan Rusli kami minta izin hendak berangkat balik disekitar 6. 30 petang.

4.    Kami doakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama dikalangan orang yang beriman dan para salehah. Amin

Tuesday, July 09, 2019

Mesyuarat ALK ke 5

1. Pada 6 Julai 2019 (sabtu) koperasi mengadakan mesyuarat ALK kali ke 5 bertempat di Pejabat Naluri Rasa Taman Bukit Jati Klang. Mesyuarat ini diadakan berikutan daripada keputusan yang perlu diambil ekoran dari 2 kali mesyuarat yang tidak ada sebarang keputusan dari dua pengerusi jawatankuasa kecil projek iaitu tanaman nenas, latihan dan motivasi. 




2. Mereka yang hadir di mesyuarat tersebut adalah seramai 7 orang ALK adalah Dato' Hj Mohd Noor Zakaria, Mohamad Maon, Hj. Ibrahim Mohamed, Basharudin Abdullah, Dr. Hj. Omar bin Sirat, Mat Daud Gimo dan Tab Baba


minum pagi dahulu sebelum memulakan mesyuarat

3. Didalam mesyuarat tersebut beberapa keputusan telah diambil dimana akan meneruskan projek tanaman nenas lokasinya di Semenyih selain projek tanaman cendawan di Lubuk China Melaka serta menyediakan kertas kerja bagi projek latihan keselamatan dan motivasi. Insya' Allah jika ianya berjaya akan memberi dana kepada koperasi.

4. Bagi tindakan selanjutnya mesyuarat ALK akan datang akan diadakan pada 24 Ogos 2019 di Homestay Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor 

mohamad maon - s/usaha koperasi

Sunday, July 07, 2019

Menunaikan Fardhu Haji Ke Mekah

Pada bulan 13 Augut 2018 saya bersama isteri Normah menunaikan fardu Haji di Mekah selama 41 hari sehingga 23 Septermber 2018. Pemergian kami berdua ke tanah suci melalui pakej Tabung Haji Travel.






Thursday, April 04, 2019

Trip ke Utara Thailand (5 Wilayah)

1. Pada 23 November 2018 saya bersama isteri saya Normah mengikuti trip ke Thailand 5 Wilayah selama 7 hari sehingga 29 November 2018. Trip tersebut seramai 31 orang termasuk 'tour leader' dengan menaiki penerbangan Air Asia pada petang jumaat jam 3.10 petang waktu Malaysia dan tiba selepas 1.30 penerbangan di U-Tapao International Airport Pattaya jam 4.10 petang waktu Thailand (Waktu Thailand dengan Malaysia beza lewat 1 jam dari Malaysia). Sebaik tiba di hari pertama tidak banyak program dan aktiviti jadi kami diberi masa berjalan-jalan di Pattaya Walking Street untuk melihat keadaan persekitaran dan sebelum kami check in dan menginap di Mike Orchid Hotel kami makan malam di restoran muslim di Pattaya


Hotel dimana kami menginap dimalam pertama di Pattaya

2. Di hari kedua 24 November kami dibawa melawat mengikut program yang telah diatur iaitu di Gem Gallery dengan menaiki keretapi untuk melihat cara perlombongan batu berlian dan lawatan Erawadee iaitu proses membuat minyak angin. di malam kedua kami menginap di Thomsom Residence Bangkok

 bergaya di hadapan kedai Hard Rock


hotel kami menginap dimalam kedua

3. Di hari ketiga 25 November selepas sarapan pagi, kami dibawa  bagi program menaiki cruise melihat keindahan persekitaran di Sungai Minam Chao Praya di Kota Bangkok dan dibawa bershopping di Maboongkhrong MBK, Pratunam street dan Platinum. Selepas bershopping pada jam 2.00 petang, kami dibawa ke Dong Muang Airport untuk penerbangan ke Chiang Rai (ke utara Thailand). Tiba di Chiang Rai jam 5.20 petang, kami dibawa ke Maesai (sempadan Myanmar), makan malam dan menginap di Hotel Piyaporn Place Chiang Rai.


latar belakang hot spring (air panas)

di KLIA sebelum berlepas

Malam persembahan kebudayaan Thailand



pemandangan di sg minam chao praya

group photo di Bangkok

4. Di hari keempat  26 November selepas sarapan pagi kami dibawa ke Golden Triangle (tiga segi emas) yang mana merupakan persempadanan 3 buah negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos. Di sempadan ini kami dibawa masuk ke negara Laos dengan menaiki boat untuk lawatan dan shopping singkat di Don Sao Laos.
Balik dan rehat di Hotel di Chiang Rai


tugu 'golden triangl' di Thailand



kesempatan masuk negara Laos

5.   Di hari kelima 27 November selepas sarapan kami bertolak ke Chiang Mai untuk melihat persembahan gajah di Mae Tang Elephant Sanctuari, menaiki kereta lembu, menaiki gajah merentasi hutan dan denai dan menaiki rakit buluh bermudik ke hilir. makan malam dan menginap di Casa Marocc Chiang Mai. Bershopping di Chiang Mai night bazar




menaiki kereta lembu



dihadapan hotel Casa Marocc Chiang Mai

6.  Di hari keenam 28 November selepas sarapan kami dibawa ke Doi Pui Suthep yang merupakan peranginan tanah tinggi dan penempatan orang asli Tahiland. selepas makan temgahari kami dibawa untuk mengunjungni Pesta Floral di Royal Park Rajapruek. balik dan menginap di Chiang Mai hotel yang sama

7.  Di hari ketujuh 29 November selepas sarapan acara bebas sehingga kami di transfer jam 3.10 petang ke Chiang Mai Airport untuk penerbangan balik ke KL. Selamat tinggal Chiang Mai Thailand