1. Pada 23 November 2018 saya bersama isteri saya Normah mengikuti trip ke Thailand 5 Wilayah selama 7 hari sehingga 29 November 2018. Trip tersebut seramai 31 orang termasuk 'tour leader' dengan menaiki penerbangan Air Asia pada petang jumaat jam 3.10 petang waktu Malaysia dan tiba selepas 1.30 penerbangan di U-Tapao International Airport Pattaya jam 4.10 petang waktu Thailand (Waktu Thailand dengan Malaysia beza lewat 1 jam dari Malaysia). Sebaik tiba di hari pertama tidak banyak program dan aktiviti jadi kami diberi masa berjalan-jalan di Pattaya Walking Street untuk melihat keadaan persekitaran dan sebelum kami check in dan menginap di Mike Orchid Hotel kami makan malam di restoran muslim di Pattaya
2. Di hari kedua 24 November kami dibawa melawat mengikut program yang telah diatur iaitu di Gem Gallery dengan menaiki keretapi untuk melihat cara perlombongan batu berlian dan lawatan Erawadee iaitu proses membuat minyak angin. di malam kedua kami menginap di Thomsom Residence Bangkok
3. Di hari ketiga 25 November selepas sarapan pagi, kami dibawa bagi program menaiki cruise melihat keindahan persekitaran di Sungai Minam Chao Praya di Kota Bangkok dan dibawa bershopping di Maboongkhrong MBK, Pratunam street dan Platinum. Selepas bershopping pada jam 2.00 petang, kami dibawa ke Dong Muang Airport untuk penerbangan ke Chiang Rai (ke utara Thailand). Tiba di Chiang Rai jam 5.20 petang, kami dibawa ke Maesai (sempadan Myanmar), makan malam dan menginap di Hotel Piyaporn Place Chiang Rai.
4. Di hari keempat 26 November selepas sarapan pagi kami dibawa ke Golden Triangle (tiga segi emas) yang mana merupakan persempadanan 3 buah negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos. Di sempadan ini kami dibawa masuk ke negara Laos dengan menaiki boat untuk lawatan dan shopping singkat di Don Sao Laos.
Balik dan rehat di Hotel di Chiang Rai
5. Di hari kelima 27 November selepas sarapan kami bertolak ke Chiang Mai untuk melihat persembahan gajah di Mae Tang Elephant Sanctuari, menaiki kereta lembu, menaiki gajah merentasi hutan dan denai dan menaiki rakit buluh bermudik ke hilir. makan malam dan menginap di Casa Marocc Chiang Mai. Bershopping di Chiang Mai night bazar
6. Di hari keenam 28 November selepas sarapan kami dibawa ke Doi Pui Suthep yang merupakan peranginan tanah tinggi dan penempatan orang asli Tahiland. selepas makan temgahari kami dibawa untuk mengunjungni Pesta Floral di Royal Park Rajapruek. balik dan menginap di Chiang Mai hotel yang sama
7. Di hari ketujuh 29 November selepas sarapan acara bebas sehingga kami di transfer jam 3.10 petang ke Chiang Mai Airport untuk penerbangan balik ke KL. Selamat tinggal Chiang Mai Thailand
Hotel dimana kami menginap dimalam pertama di Pattaya
bergaya di hadapan kedai Hard Rock
hotel kami menginap dimalam kedua
latar belakang hot spring (air panas)
di KLIA sebelum berlepas
Malam persembahan kebudayaan Thailand
4. Di hari keempat 26 November selepas sarapan pagi kami dibawa ke Golden Triangle (tiga segi emas) yang mana merupakan persempadanan 3 buah negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos. Di sempadan ini kami dibawa masuk ke negara Laos dengan menaiki boat untuk lawatan dan shopping singkat di Don Sao Laos.
Balik dan rehat di Hotel di Chiang Rai
tugu 'golden triangl' di Thailand
kesempatan masuk negara Laos
menaiki kereta lembu
dihadapan hotel Casa Marocc Chiang Mai
7. Di hari ketujuh 29 November selepas sarapan acara bebas sehingga kami di transfer jam 3.10 petang ke Chiang Mai Airport untuk penerbangan balik ke KL. Selamat tinggal Chiang Mai Thailand