Saturday, October 19, 2019

Koperasi Pesara Keselamatan TNB

Sejak tertubuhnya koperasi sehingga kini hampir 11 tahun tetapi masih belum ada nampak cahaya masa depannya. Walaupun perbincangan demi perbincangan telah diadakan, dan berbagai cadangan dan pandangan termasuk usul bagi aktiviti koperasi yang diutarakan namun sehingga kini masih berada ditahap dan takuk lama, tiada sebarang perubahan. Mungkin ALK yang terdiri daripada otai-otai masih belum ada kemampuan untuk meneruskan survival koperasi.

Saya mempunyai harapan yang baik terhadap koperasi sekiranya  di kalangan ALK mempunyai perancangan yang jitu, tidak ada sebab kita sebagai ALK tidak boleh menghadapi situasi mendatang yang lebih mencabar. Insya 'Allah kita akan berjaya...

Menziarah Kematian Isteri Tn Hj. Rusli di Bentung

1.   Pada 17 Oktober 2019, saya mendapat berita bahawa isteri kepada Tuan  Hj. Rusli bekas Boss Keselamatan LLN/TNB Puan Hajah Norkasdirella 76 tahun meninggal dunia di Hospital Tawakkal Kuala Lumpur. Kematian isteri beliau adalah akibat serangan jantung. Oleh kerana kami terlalu rapat dengan Tuan Rusli dan kenal baik dengan isterinya, kami turut menziarahi atas kematian isteri beliau. 

2.  Saya dengan Tuan Rusli adalah perancangan penubuhan koperasi sehingga kini, sehinggakan kami membuat latihan keselamatan di Bakun pun kami juga bersama beliau. Beliau adalah pengerusi pertama Lembaga Koperasi yang kami lantik bersama saya sebagai setiausaha sehingga kini sudah tertubuh selama 11 tahun.

3.   Saya bersama sdr Basharuddin Abdullah menziarah kerumah beliau di Kg Ketari, Bentong, Pahang. Sesampai saja kami berdua di rumah beliau, Allahyarhamah isterinya telah dikebumikan selepas solat asar. Jadi kami hanya berjumpa Tuan Rusli sahaja dan mengucapkan takziah atas kepergiannya ke Rahmatullah isteri beliau. Kami tiba di Bentung perjalanan dari Klang sekitar jam 6 petang dengan keadaan hujan yang terlalu lebat. Lebih kurang 15 minit kami berjumpa dengan Tuan Rusli kami minta izin hendak berangkat balik disekitar 6. 30 petang.

4.    Kami doakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama dikalangan orang yang beriman dan para salehah. Amin