Hari ini pada 24 Mei 2020 bersamaan 1 syawal 1441 Hijrah, umat Islam di Malaysia menyambut dan meraikan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang lain dari kebiasaan kerana ketika ini wabak corona virus yang dikenali dengan nama 'Covid 19' melanda diseluruh dunia. Oleh itu dengan keadaan yang sedemikian kerajaan telah mengenakan perintah supaya rakyat 'stay at home' dan dikuatkuasakan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dengan kuasa perintah yang sedemekian, hari raya tahun ini semua rakyat beraya bersama keluarga sahaja termasuk solat sunat aidilfitri dan khutbah raya dilakukan oleh ketua keluarga dan tidak dibenarkan solat di masjid mahupun di surau kerana untuk menyekat merebaknya penularan wabak berkenaan. Jika berada diluar rumah diwajibkan sentiasa memakai topeng muka dan tangan sentiasa dibasuh dengan 'hand sanitizer'.
Saya, hari raya pada tahun ini adalah menjadi sejarah kerana tidak membeli sebarang biskut raya dan menyediakan kueh muih sebagaimana kebiasaan kerana kami jangkakan tidak ada sahabat handai/taulan dan jiran-jiran yang datang kerumah kerana bimbang dengan wabak berkenaan.
Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin, Insya 'Allah jika ada umur berjumpa ditahun depan.