Assalamualaikum wbt
Hari ini pada 12 Mei 2021 (rabu) adalah hari terakhir kita berada didalam bulan Ramadhan, bererti kita, insya' Allah telah menunaikan puasa selama 30 hari, sedih rasanya kita hendak meninggalkan Ramadhan, kerana Ramadhan banyak mengajar kita erti kehidupan, erti kesabaran, erti keinsafan, erti tawaduk, erti muhasabah dan banyak lagi pengertian-pengertian yang lain, semuanya itu membawa kepada tawakkal dan taqarrub kepada Allah swt untuk melaksanakan perintahNya. Walaubagaimanapun telah menjadi lumrah alam, setiap yang bermula akan pasti ada penghujungnya, samalah juga dengan Ramadhan, Ramadhan yang datang dan Ramadhan juga akan pergi.
Insya' Allah, jika diizinkan dan dipanjangkan usia, harapan kita dapat bertemu di Ramadhan yang akan datang. Bagi kedatangan bulan syawal, kita menyambut dengan penuh syahdu dan bersama takbir memuji dan membesarkan dan mengagungkan Allah yang memberikan kurnia dan rahmatnya yang melimpah ruah. Syukur Alhamdullah.
Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Idilfitri kepada kaum muslimin dan muslimat,maaf, zahir batin.