Dengan sedihnya dimaklumkan bahawa YBhg Dato' Hj Mohd Noor bin Zakaria telah kembali ke Rahmatullah pada 10 Ogos 2021 bersamaan 1 Muharram 1443 H pada jam 9.55 petang. Allahyarham merupakan Pengerusi Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB.
Allahyarham Dato' Mohd. Noor diberitakan oleh anaknya Mohd. Khairul Idlan, bapanya pada mula disyaki demam denggi dan dimasukan ke hospital di tempatkan diwad ICU dalam keadaan kritikal, tetapi beliau menyatakan bahawa bapanya bertambah kritikal kerana penyakit tersebut telah menyerang paru-parunya.
Sebagaimana yang telah diberitahu pada saya oleh anaknya, bapanya adalah bebas dari penyakit Covid 19, dan Allahyarham bapamya disolat di Masjid Sultan Sulaiman Klang dan dikebumikan bersebelahan Masjid Kota Raja Klang.
Allahyarham semasa hayatnya banyak membantu dan bersama untuk menjayakan bagi penubuhan koperasi ini supaya ianya berjaya untuk menjadikan koperasi yang berdaya maju, Beliau membenarkan pejabat beliau di Jalan Bukit Jati 5 Klang, setiap kali digunakan oleh koperasi bagi mengadakan mesyuarat ALK. Selain dari itu beliau juga kerap menaja beberapa perjumpaan dengan ALK dan juga mesyuarat agung tahunan koperasi diadakan.
Saya adalah salah seorang rakan beliau yang paling rapat, kami bersama-sama menunaikan fardhu haji ke tanah suci Mekah pada tahun 2018 dan kami selalu bersamanya termasuk Sdra Basharuddin Abdullah mengunjungi dan menziarahi rakan-rakan pesara yang kurang sihat diantaranya Tuan Hj. Sufian Ibrahim di Seremban 2, Allahyarham Kamarulzaman Ahmad yang terlantar sakit di Hospital Seremban, menziarahi Tuan Hj. Kamaruddin Imas di Shah Alam dan Tuan Hj. Ahmad Rusli Ibrahim di Bentong, Pahang.
Dengan berpergian Allahyarham saya rasa satu kehilangan amat besar kepada koperasi dan berasa sedih kerana Allahyarham banyak memberikan inspirasi dalam menjayakan koperasi. Di akhir kalam, saya titipkan doa, semoga Allah menempatkan roh beliau bersama dengan para golongan yang beriman. Amin ya Rabbal Alamin.
Kenangan bersama ketika Allahyarham mengadakan majlis kenduri walimahtulurus anak perempuan beliau.