Semalam pada 16 Ogos 2022 adalah sambutan hari jadi aku ke 73 tahun diamana aku dilahirkan pada 16 Ogos 1949 di Melaka. Sepanjang menempuh hidup selama 73 tahun banyak pengalaman pahit dan manis telah dirasai, Berikut adalah catatan sejarah yang telah dilalui
Tahun 1956 hingga tahun 1961 - Masuk persekolahan darjah satu hingga darjah enam di Sek Kg Gelam, Melaka, Pada akhir tahun dalam darjah enam mengambil peperiksaan untuk ke Sekolah Menengah dan lulus dimasukkan ke Sekolah Menengah Gajah Berang, Melaka dalam 'remove class' kerana peralihan ke Kelas Bahasa Inggeris. Tetapi tidak masuk ke sekolah tersebut kerana mengikuti bapa ke Singapura disebabkan tiada penjagaan di kampong.
Tahun 1962 masuk sekolah dalam darjah 6 penggal kedua di Sek Sepoy Line Singapura.
Tahun 1963 masuk sekolah menengah Mon'k Hill Secondary School, Bukit Timah Singapura hingga tahun 1966 dari Men satu hingga Men 4
Tahun 1966 balik Melaka setelah tamat persekolahan, kerja kampong, masuk pertubuhan belia dan tahun 1967 mengikut kursus tarian dan drama di Pusat Latihan Belia, Pertak, Kuala Kubu Bahru, Selangor.
Tahun 1968 masuk perkhidmatan tentera dan melalui latihan rekrut pada 4 Julai 1968 hingga 4 Januari 1969 selama 6 bulan di Port Dickson Negeri Sembilan
Selepas tamat latihan pada Januari tahun 1969 di 'posting' ke Batalion ke 8 RAMD di Sg Besi KL. pada Mac 1969 di tugaskan di Sarawak di tempatkan di Semenggo Kem, Kuching selama 3 tahun. Tahun 1972 BN 8 Ramd di tukarkan di Kem Trendak Melaka,
Tahun 1976 di tukarkan ke Sg Petani Kedah bersama dengan 6 orang dari platon Semboyan kerana untuk 'form-up' Bn ke 19 RAMD
Tahun 1978 (4 Julai) berhenti dari perkhidmatan Tentera setelah berkhidmat selama 10 tahun. sebelum 6 bulan perkhidmatan tamat, aku mengikuti kursus peralihan selama 6 bulan di Pusat Pertanian Sg Udang Melaka.
Tahun 1979, memulakan perkhidmatan baru di alam 'civilian' Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Mersing selama 9 bulan. Penghujung tahun 1979 memasuki perkhidmatan Lembaga Letrik Negara (LLN) ditugaskan di Ibu Pejabat KL, tahun 1990 LLN dijadikan swasta atas nama Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga aku bersara dari TNB pada tahun 2005 pada usia 56 tahun.
Semasa dalam perkhidmatan TNB aku menyambung pelajaran di peringkat Diploma dan peringkat Master kemudiannya.
Pada ketika ini semasa menulis blog, aku sudah bersara selama 17 tahun. Kini aku berehat sepenuhnya sebagai seorang pesara. Alhamdulillah, Amin
Mohamad bin Maon
17 Ogos 2022 (rabu) bersamaan 12 Muharram 1444 H