Wednesday, February 11, 2026

MENUNAIKAN UMRAH BERSAMA ISTERI DAN ANAK NUR HANISAH

Pada 27 Januari 2026, kami bertiga menunaikan umrah ke tanah suci Mekah selama 12 hari sehingga 7 Februari 2026. Pemergian kami itu adalah dengan pesawat Saudi Air. seramai 33 orang jemaah dari kumpulan lain yang bersama dengan kami termasuk seorang mutawif ustaz Fathi.

Sebelum tiba di Mekah, jemaah akan singgah di Toif dan selepas itu jemaah bermiqat sebelum masuk kekota Mekah untuk menunaikan umrah. Bermalam di Mekah selama 4 malam, selepas itu berlepas ke Madinah bersolat di Masjed Nabawi dan menziarahi makam Rasulullah, makam saidina Abu Bakar siddik dan makan saidina Omar ibni Khatab. di Madinah kami semua bermalam selama 5 malam sebelum  berangkat pulang ke Malaysia pada 7 Februari 2026 dengan penerbangan Saudi Air jam 2.25 pagi. Kami semua selamat tiba di KLIA pada 3.30 petang waktu Malaysia. Insya'Allah mudah-mudahan kami semua beroleh umrah yang makbul

Syukur Alhamdulillah kami semua dapat menunaikan umrah dengan tenang, aman dan damai. Insya' Allah jika ada peluang dan rezeki kami semua akan datang kembali......

Sekian, wassalam.