Wednesday, December 31, 2025

Selamat Menyambut Tahun Baru 2026

Setiap tahun menjelangnya tahun baru, maka kita menanamkam keazaman untuk lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Adakah keazaman dan cita-cita kita telah tertunai atau tidak? itu keadaan yang menentukan. Semakin banyak keazaman yang kita impikan, menjadikan semakin banyak azam yang tertunggak. Jadi apa yang harus kita lakukan?

Kita hendaklah bermuhasabah, banyakan beramal, kurangkan berangan-angan supaya kita menjadikan lebih matang dalam mengatur kehidupan sehari-hari. Insya'Allah.

Selamat kedatangan Tahun Baru 2026

Tuesday, December 02, 2025

Jalan-Jalan Ke Indonesia

Pada tahun ini sahaja kami berdua melancung ke Aceh dan Ke  Pulau Batam, tarikh-tarikhnya adalah berikut: 

1. Trip Ke aceh pada 4 - 8 september 2025

2. Trip ke Batam termasuk pulau penyengat, kepulau riau, pulau bentan dan Tg pinang pada 18 -22 Oktober 2025.

3. Trip ke Batam ke 2 pada 29 - 31 Oktober 2025 (DIY) , bersama Ibrahim danisterinya, Basharuddin termasuk saya bersama isteri saya, mengeinap di Hotel Batam.

Wednesday, January 01, 2025

SELAMAT TAHUN BARU 2025



Hari ini adalah hari yang pertama kita menyambut tahun 2025.  Sebagaimana tahun-tahun kebiasaan bila tiba tahun baru, maka kita bersama-sama meraikan secara sederhana dengan rakan-rakan sekerja dengan jamuan rengan. Apabila kita sudah bersara kita sambut juga dengan rakan-rakan masjid dan juga surau dengan jamuan dikedai-kedai kopi dengan sembang yang menjurus kepada harapan sempena tahun baru.

Tetapi, kita bercakap tidak dengan tumpuan cita-cita dan harapan masa depan, tetapi kita kena sembang amalan dan azam untuk meningkat amalan di penghujung usia. Adakah kita mempunyai cita-cita untuk hidup lebih lama lagi, kalau kita punyai cita-cita untuk hidup dengan meningkatkan ilmu dan amalan, itu adalah dituntut. Jika kita hidup dengan tujuan bersenanglinang, itu amat dikesalkan. Buat amalan seolah-olah kita akan mati esok hari.

Sekian, selamat menyambut Tahun Baru 2025.

Wednesday, October 02, 2024

Melancung ke Uzbekistan selama 8 hari 6 malam

Pada 29 April 2024, kami berdua dengan isteri saya Normah melancung ke negara Uzbekistan selama 7 hari, mengikut pakej Syarliz Travel Group. 

                               

Berkumpul di KLIA dan taklimat oleh Tour Leader sebelum berlepas

Pakej ini disertai seramai 26 orang terdiri daripada pesara-pesara kerajaan, swasta dan persendirian, boleh dikatakan semuanya membawa pasangan, ada beberapa orang yang tiada membawa pasangan. Pemergian kesana dengan menaiki kapal terbang Uzbekistan yang memakan masa selama hampir 7 jam setengah yang berlepas dari KLIA terus ke Tashkent. Bermalam di Tashkent dan check in di Shosh Modern Hotel

              


           Alhamdulilah, saya dan Normah pertama kali menjejaki bumi Uzbekkistan



Hari Kedua - Tashkent - Bukhara

Selepas sarapan pagi, kami check out dari hotel dan dibawa ke stesen keretapi 'speed train' untuk menuju ke Bukhara salah satu bandar kedua yang terbesar dalam Uzbekistan, jauh perjalanan mengambil masa 4 jam.

bergambar dengan kenangan disamping Train Afrosiyob


berphoto kenangan sebelum berlepas ke Bukhara


Ini train laju yang kami naiki untuk ke Bukhara

Setibanya di Bukhara  kami dibawa melawat Citadel Ark Bukhara kota pertahanan dan kediaman rasmi Diraja yang masyhur dan dibawa melawat komplek makam di raja Samanids Mausoleum dan Chashma Nabi Ayub (merupakan telaga Nabi Ayub) yang dibina pada abad 12 

Hari ketiga - Bukhara - Samarkand



Hari kelima - Samarkand - Tashkent (Bermalam di Bek Hotel)

Selepas sarapan pagi kami check out, untuk perjalanan  balik menuju ke Tashkent dengan bus yang memakan masa lebih 7 jam perjalanan. Sebelum menuju ke Tashkent kami dibawa melawat persekitaran keunikan bandar Samarkand. Mulakan lawatan ke Ulughbek Observatory yang dibina pada abad ke 15. Bershopping di Slab Bazaar dan Oriental Bazaar dimana terdapat pelbagai jualan produk tradisional. dan melawat kilang karpet buatan tangan. Makan tengahari di restoran selepas makan, jam 2.05 petang waktu tempatan, kami bertolak ke Tashkent, jam 9.00 malam tiba di Bandar Tashkent, makan malam di restoran dan kami check in di Shosh Modern Hotel.


Hari keenam - Tashkent



Hari ketujuh - Tashkent - Kuala Lumpur (penerbangan balik) 


Monday, March 11, 2024

Selamat Ketibaan Bulan Ramadhan 1445 H

Sempena ketibaan Bulan Ramadhan pada tahun ini yang jatuhnya pada 12 Mac 2024  (selasa), seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam akan  mula berpuasa. Oleh itu terlebih dahulu saya mengucapkan selamat berpuasa, semoga puasa pada tahun ini akan lebih nikmat ganjarannya  dari tahun-tahun yang lalu. Insya'Allah.

Selamat Berpuasa.

Wednesday, December 27, 2023

Makan Angin di Satun dan Pak Bara Thailand

Selepas kami balik dari SPM kami merancang ke Thailand pula, kali ini di Satun dan Pak Bara. Perjalan tersebut dengan rombangan Caravan Serai menaiki bas dari KL ke Thailand pada 8 hingga 11 Nov dengan menaiki bas. Pemergian kali ini adalah kami berdua dengan isteri saya.





Melancong ke Morocco, Spain dan Portugal

Pada 4 Nov hingga 17 Nov 2023 selama 13 Hari 10 Malam kami berempat beranak melancong ke Morocco, Spain dan Portugal melalui pakej Via Vacation, iaitu aku dan isteri Normah serta dua orang anakku iaitu Anis dan Ezzah, Perjalanan dengan penerbangan Mas dari Kuala Lumpur ke Casablanca melalui Abu Dhabi, penerbangan ini memakan masa selama 7 jam dan transit di Abu Dhabi.  Dari Abu Dhabi ke Casablanca dengan penerbangan Qatar memakan masa selama 8 jam, ini bererti penerbangan dari KL ke Casablanca Morocco mengambil masa selama 15 Jam. 


Kami berempat melancong ke Morocco, Spain dan Portugal

Setibanya kami di Casablanca kami dibawa melihat keindahan Kota Marrakech dan persekitarannya termasuk melawat masjid. Disebelah malamnya kami menaiki kereta kuda mengeliling kota.


                       bergambar dengan Normah di tengah kota Marakech

Di Morocco kami semua bermalam  di Hotel Ayoub, Marrakech pada malam pertama, Malam kedua kami menginap di Hotel Malak, Rabat dan  malam ketiga di Etore Du Nord Hotel Tangier. Kami berada di Morocco dari 5 Nov hingga 7 Nov 2023 selama 3 hari.


Dengan membawa beg untuk menaiki feri menyeberang selat Gibraltar ke Granada Spain

Pada 8 Nov, kami semua bergerak untuk menyeberang selat Gibraltar dengan menaiki feri untuk terus perjalanan ke Malaga dan bermalam di Hotel Abades Manzanil. pada keesokan harinya pada 9 Nov kami semua dibawa Istana Al Hambra semasa zaman Kerajaan Andalusia. dan dari sini terus ke Seville bermalam di Exe Gran Hotel Solucar, Spain.

Pada 10 Nov iaitu hari ketujuh - kami dibawa melawat Cathedral of seville, Giralda Tower, Bario Santa Cruz. dari situ kami semua meninggal Seville dan menyeberang sempadan Portugal terus ke Kota Lisbon dan bermalam di Hotel Golf Mar.

Pada 11 Nov di Kota Lisbon banyak kami melawat tempat-tempat sejarah negara berkenaan  dan selepas itu, teruskan perjalanan dan singgah bersolat di Islamic Center  dan terus perjalanan ke Porto dan bermalam di Hotel Navarras.

Pada 12 Nov di Porto buat lawatan di kota Lisbon dan seterusnya trip ke Madrid dan bemalam di B&B  Fuenlabrada Madrid Spain.

Pada 13 Nov di Madrid - lawatan keliling Kota (City Tour) dan ke stadium bole sepak Madrid, malang nya tak dapat masuk stadium kerana stadium didalam ubahsuai.

Pada 14 Nov  dari Madrid ke Zaragoza, perjalanan dari Zaragoza ke Barcelona ambil masa perjalanan dengan bas selama 8 jam. Bermalam di Barcelona B& B Hotel Barcelona Mollet.

Pada 15 Nov - city tour Barcelona, melawat tempat sejarah, dan juga ke The Camp Nou Stadium  iaitu stadium bola sepak kelab Barcelona. Malangnya juga stadium mereka dalam pengubahsuaian. Jadi kita tidak dapat melawat didalam hanya dibahagian luar stadium sahaja.

Pada 16 Nov - Berlepas dari Barcelona dan transit di Abu Dhabi, dari Abu Dhabi penerbangan terus ke Kuala Lumpur

Pada 17 Nov - Tiba di KLIA  9 malam dan sampai di rumah jam 11 malam. 

Sekian, wassalam.




Sunday, October 08, 2023

Berlibur Ke Padang dan Bukit Tinggi Indonesia

Awal bulan Oktober, kami berdua suami isteri berlibur di Padang dan Bukit Tinggi Indonesia dengan  agensi Syarliz Travel Group pada 1 - 4 Oktober 2023 selama 4 hari 3 malam. Penerbangan dengan Airasia yang berlepas jam 11.00 pagi pada 1 Oktober dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau Padang jam 11.10 pagi waktu Indnesia. Oleh kerana, masa di Indonesia lewat satu jam dengan Malaysia, seolah-olah penerbangan selama 10 minit sebenarnya penerbangan makan masa selama satu jam lebih.  


Bergambar sebelum terbang ke Padang di KLIA 2

Hari pertama

Trip kami seramai 22 orang yang terdiri dari pesara-pesara kerajaan dan swasta termasuk 'Tour Guide' cik Juliana, trip ini lelaki hanya 2 orang sahaja. Sesampai kami semua di Padang kami dibawa menaiki bus prawisata ke Bukit Tinggi dimana kami semua akan menginap di Grand Malindo Hotel selama 2 malam, Dalam perjalanan kami dibawa singgah di Restoran Lamun Ombak untuk menikmati juadah makan tengah hari masakan minang, Air terjun Lembah Anai untuk merakam keindahan air terjun, Muzium Rumah Gadang di Padang Panjang, tetapi malangnya setiba kami disitu, muzium tersebut telah ditutup kerana kelewatan kami tiba. 


taklimat dari Pengurus Syarliz Travel Group sebelum 'boarding'


begitu asyik mendengar taklimat






Empat orang pengantin puteri Minang


Hari Kedua

Sebaik minuman pagi di Hotel tempat menginap, kami semuanya menaiki bus bergerak ke Kelok 9, untuk merakamkan keindahan jambatan yang baru dibina untuk menuju ke Batu Sangkar dan singgah di Harau Valley untuk ber'swaphoto'. seterusnya ke Istana Pagaruyung.


Lobang Japang


Kelok 9

Hari Ketiga

Selepas sarapan pagi, kami semua check-out dari Hotel Grand Malindo, melawat ke Lembah Sianok (Ngarai Sianok), Jam Gadang, dan melihat Lobang Japang peninggalan penjajahan Jepun disana dan kami juga dibawa ketempat-tempat yang menarik sepanjang perjalanan termasuk kedai dan tokoh untuk dibeli dibawa balik ke Malaysia sebagai oleh-oleh,


Hari Keempat


Sebelum berlepas balik ke tanah air Malaysia, kami dibawa melawat di Pantai Padang, untuk bergambar kumpulan sebagai kenang-kenangan. 


Kami tidak lupa kepada Bapak Saiful Ikhlas dan Bapak Yusof termasuk pilot bus yang membawa kami sepanjang perjalanan semasa berada di Padang dan Bukit Tinggi Indonesia. sebenarnya banyak gambar-gambar yang hendak dmuatkan dalam blog ini tetapi ianya terlalu banyak, cukup sekadar yang dapat kami upload kan. sekian terima kasih.

Salam hormat dari Mohamad bin Maon