Pada 4 Nov hingga 17 Nov 2023 selama 13 Hari 10 Malam kami berempat beranak melancong ke Morocco, Spain dan Portugal melalui pakej Via Vacation, iaitu aku dan isteri Normah serta dua orang anakku iaitu Anis dan Ezzah, Perjalanan dengan penerbangan Mas dari Kuala Lumpur ke Casablanca melalui Abu Dhabi, penerbangan ini memakan masa selama 7 jam dan transit di Abu Dhabi. Dari Abu Dhabi ke Casablanca dengan penerbangan Qatar memakan masa selama 8 jam, ini bererti penerbangan dari KL ke Casablanca Morocco mengambil masa selama 15 Jam.
Setibanya kami di Casablanca kami dibawa melihat keindahan Kota Marrakech dan persekitarannya termasuk melawat masjid. Disebelah malamnya kami menaiki kereta kuda mengeliling kota.
bergambar dengan Normah di tengah kota Marakech
Di Morocco kami semua bermalam di Hotel Ayoub, Marrakech pada malam pertama, Malam kedua kami menginap di Hotel Malak, Rabat dan malam ketiga di Etore Du Nord Hotel Tangier. Kami berada di Morocco dari 5 Nov hingga 7 Nov 2023 selama 3 hari.
Dengan membawa beg untuk menaiki feri menyeberang selat Gibraltar ke Granada Spain
Pada 8 Nov, kami semua bergerak untuk menyeberang selat Gibraltar dengan menaiki feri untuk terus perjalanan ke Malaga dan bermalam di Hotel Abades Manzanil. pada keesokan harinya pada 9 Nov kami semua dibawa Istana Al Hambra semasa zaman Kerajaan Andalusia. dan dari sini terus ke Seville bermalam di Exe Gran Hotel Solucar, Spain.
Pada 10 Nov iaitu hari ketujuh - kami dibawa melawat Cathedral of seville, Giralda Tower, Bario Santa Cruz. dari situ kami semua meninggal Seville dan menyeberang sempadan Portugal terus ke Kota Lisbon dan bermalam di Hotel Golf Mar.
Pada 11 Nov di Kota Lisbon banyak kami melawat tempat-tempat sejarah negara berkenaan dan selepas itu, teruskan perjalanan dan singgah bersolat di Islamic Center dan terus perjalanan ke Porto dan bermalam di Hotel Navarras.
Pada 12 Nov di Porto buat lawatan di kota Lisbon dan seterusnya trip ke Madrid dan bemalam di B&B Fuenlabrada Madrid Spain.
Pada 13 Nov di Madrid - lawatan keliling Kota (City Tour) dan ke stadium bole sepak Madrid, malang nya tak dapat masuk stadium kerana stadium didalam ubahsuai.
Pada 14 Nov dari Madrid ke Zaragoza, perjalanan dari Zaragoza ke Barcelona ambil masa perjalanan dengan bas selama 8 jam. Bermalam di Barcelona B& B Hotel Barcelona Mollet.
Pada 15 Nov - city tour Barcelona, melawat tempat sejarah, dan juga ke The Camp Nou Stadium iaitu stadium bola sepak kelab Barcelona. Malangnya juga stadium mereka dalam pengubahsuaian. Jadi kita tidak dapat melawat didalam hanya dibahagian luar stadium sahaja.
Pada 16 Nov - Berlepas dari Barcelona dan transit di Abu Dhabi, dari Abu Dhabi penerbangan terus ke Kuala Lumpur
Pada 17 Nov - Tiba di KLIA 9 malam dan sampai di rumah jam 11 malam.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment