Sunday, October 08, 2023

Berlibur Ke Padang dan Bukit Tinggi Indonesia

Awal bulan Oktober, kami berdua suami isteri berlibur di Padang dan Bukit Tinggi Indonesia dengan  agensi Syarliz Travel Group pada 1 - 4 Oktober 2023 selama 4 hari 3 malam. Penerbangan dengan Airasia yang berlepas jam 11.00 pagi pada 1 Oktober dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau Padang jam 11.10 pagi waktu Indnesia. Oleh kerana, masa di Indonesia lewat satu jam dengan Malaysia, seolah-olah penerbangan selama 10 minit sebenarnya penerbangan makan masa selama satu jam lebih.  


Bergambar sebelum terbang ke Padang di KLIA 2

Hari pertama

Trip kami seramai 22 orang yang terdiri dari pesara-pesara kerajaan dan swasta termasuk 'Tour Guide' cik Juliana, trip ini lelaki hanya 2 orang sahaja. Sesampai kami semua di Padang kami dibawa menaiki bus prawisata ke Bukit Tinggi dimana kami semua akan menginap di Grand Malindo Hotel selama 2 malam, Dalam perjalanan kami dibawa singgah di Restoran Lamun Ombak untuk menikmati juadah makan tengah hari masakan minang, Air terjun Lembah Anai untuk merakam keindahan air terjun, Muzium Rumah Gadang di Padang Panjang, tetapi malangnya setiba kami disitu, muzium tersebut telah ditutup kerana kelewatan kami tiba. 


taklimat dari Pengurus Syarliz Travel Group sebelum 'boarding'


begitu asyik mendengar taklimat






Empat orang pengantin puteri Minang


Hari Kedua

Sebaik minuman pagi di Hotel tempat menginap, kami semuanya menaiki bus bergerak ke Kelok 9, untuk merakamkan keindahan jambatan yang baru dibina untuk menuju ke Batu Sangkar dan singgah di Harau Valley untuk ber'swaphoto'. seterusnya ke Istana Pagaruyung.


Lobang Japang


Kelok 9

Hari Ketiga

Selepas sarapan pagi, kami semua check-out dari Hotel Grand Malindo, melawat ke Lembah Sianok (Ngarai Sianok), Jam Gadang, dan melihat Lobang Japang peninggalan penjajahan Jepun disana dan kami juga dibawa ketempat-tempat yang menarik sepanjang perjalanan termasuk kedai dan tokoh untuk dibeli dibawa balik ke Malaysia sebagai oleh-oleh,


Hari Keempat


Sebelum berlepas balik ke tanah air Malaysia, kami dibawa melawat di Pantai Padang, untuk bergambar kumpulan sebagai kenang-kenangan. 


Kami tidak lupa kepada Bapak Saiful Ikhlas dan Bapak Yusof termasuk pilot bus yang membawa kami sepanjang perjalanan semasa berada di Padang dan Bukit Tinggi Indonesia. sebenarnya banyak gambar-gambar yang hendak dmuatkan dalam blog ini tetapi ianya terlalu banyak, cukup sekadar yang dapat kami upload kan. sekian terima kasih.

Salam hormat dari Mohamad bin Maon


No comments: