Thursday, June 25, 2009

Keusahawanan Dalam Perniagaan Kek dan Bakeri

Gambar peserta kursus yang mengikuti kursus keusahawanan di atas

Pada 22 - 26 Jun 2009 satu lagi siri kursus di atas telah diadakan di MKM bagi memenuhi permintaan anggota koperasi bagi mengikuti kursus pembuatan Kek. Koperasi ini telah dihadiri oleh Sdra Mohd. Noor Zakaria dan Cik Nazatul Shima Mohamad anggota biasa. Sebagaimana biasa, mereka ini di ajar oleh chef-chef yang bertauliah didalam perniagaan kek dan bakeri. Adalah diharapkan mereka-mereka yang mengikuti kursus ini akan dapat mempraktikkan sebagai usahawan yang berjaya kelak. Insya'Allah.

Bicara Eksekutif


Wakil Koperasi yang turut hadir didalam majlis berkenaan

Dua orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) telah menghadiri Program 'Bicara Eksekutif' yang dianjurkan oleh MKM pada 23 Jun 2009 bertempat di Holiday Villa Subang. Dua orang ALK tersebut adalah Sdra Mohamad Maon Pengerusi dan Hj. Ibrahim Mohamed Setiausaha. Didalam Program sehari itu, sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan iaitu

1. Peranan Kerajaan Dalam Meningkatkan Penggunaan Internet Dalam Koperasi oleh Puan Fatmah Mahmood Setiausaha Bahagian Pengurusan Teknologi Maklmat MOSTI dan

2. Faedah-Faedah Dalam Penggunaan Internet di Koperasi oleh Puan Norliza Junid Ketua Pegawai Operasi KOPETRO.


Kertas kerja tersebut adalah sejajar dengan tema 'Penggunaan Internet Dalam Pengurusan Koperasi'. Di akhir program tersebut satu majlis 'Menteri Bersama Pemimpin Koperasi' telah juga diadakan.

Monday, June 15, 2009

ALK Hadiri Bengkel Anjuran SKM Selangor

Pada 15 dan 16 Jun 2009 bertempat di Hotel Brisdale Kuala Lumpur, satu bengkel 'Pembangunan Produk dan Groom Big Peringkat Zon Tengah" anjuran SKM telah diadakan . Dua orang ALK iaitu Sdra Mohd. Noor Zakaria dan Sdra Shahruddin Abdullah Sani telah mengikuti seminar/bengkel ini.

Antara intipati bengkel ini beberapa kertas kerja telah dibentangkan, diantaranya:
Kertas Kerja 1. Tanaman Cili Fertagasi
Kertas Kerja 2. Peluang Pembiayaan SKM
Kertas Kerja 3. Perusahaan Kerepek Ubi dan Pisang (IKS)
Kertas Kerja 4. Peluang dan Cabaran Perniagaan Dalam Koperasi
Kertas Kerja 5. Hub Pembekalan Barangan Elektrik
Kertas Kerja 6. Industri Ternakan Burung Walet Emas
Kertas Kerja 7. Perniagaan Makanan & Minuman Berasaskan Coklat

Adalah menjadi dasar koperasi akan memberi peluang kepada semua ALK dan anggota koperasi untuk mengikuti/menghadiri seminar, bengkel dan kursus untuk mempersiapkan diri mereka untuk menceburi didalam bidang-bidang yang membawa kepada manfaat diri individu dan koperasi khasnya.

Saturday, June 13, 2009

Penyata Kewangan Koperasi Di Audit

Memandangkan Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB telah setahun wujud penubuhannya dan juga selaras dengan kehendak Undang-Undang Kecil (UUK) dimana tahun kewangan berakhir pada setiap 30 April, maka dengan itu juga buat pertama kalinya, kewangan koperasi di audit oleh Juruaudit dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Sejajar dengan itu, pada 12 Jun 2009 di Pejabat SKM Wilayah Persekutuan di Tingkat 9 bangunan Pertama kompleks, saya bersama Bendahari Hj. Ahmad Bakri bin Mohd. Zahir telah membawa segala dokumen yang berkaitan dengan penyata kewangan koperasi untuk di audit oleh SKM. Juruaudit berkenaan ialah Encik Mohd. Ikram.
Sebaik selesai penyata kewangan di audit, koperasi akan membuat persediaan untuk mengadakan mesyuarat agong. Mengikut syarat didalam UUK mesyuarat agong boleh diadakan dalam tempoh 6 bulan dari tempah berakhir tahun kewangan. Tarikh untuk mengadakan mesyuarat agong akan dibawa dan dibentang didalam mesyuarat ALK yang akan diadakan nanti. Cadangan untuk mengadakan mesyuarat agong tersebut akan diadakan pada bulan Oktober 2009, kerana pada bulan August dan September umat Islam akan menjalani ibadah puasa dan seterusnya menyambut idilfitri. Insya'Allah mesyuarat agong akan diadakan seperti yang dicadangkan.

Tuesday, June 09, 2009

Kursus Pengurusan Risiko

Bagi mengetahui sesuatu risiko didalam koperasi ketika pelaksanaan sesuatu projek harus diketahui dan oleh ALK atau pengurus yang bertanggungjawab, maka kursus yang berkaitan dengannya telah dianjurkan oleh MKM. Kursus tersebut diadakan selama 2 hari bermula pada 8 dan 9 Jun 2009 telah mendedahkan kepada peserta kursus bagaimana mengurus risiko. Untuk itu sdra Mohamad Maon Pengerusi telah mengikuti kursus berkenaan. Gambar di atas menunjukkan persediaan kumpulan untuk menyediakan kertas kerja bagi persembahan

Thursday, June 04, 2009

Kursus Keusahawanan & Perniagaan Kek dan Bakeri


Puan Normah Sarkawi ALK telah mengikuti kursus perniagaan dan bakeri selama 5 hari pada 1 - 5 Jun 2009 di MKM. Kursus ini dikendalikan oleh Chef-Chef yang terkenal didalam bidang pembuatan kek dan bakeri telah mengajar peserta kursus bagaimana untuk menjadi usahawan dalam pembuatan kek secara komersial.


Pihak MKM menyatakan bahawa kursus ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari anggota koperasi dan pihak MKM tidak dapat memenuhi permintaan yang terlalu ramai, maka kursus ini diadakan dalam dua siri. Siri akan datang pada 22 -26 Jun 2009dimana dua anggota dari koperasi ini telah terpilih untuk mengikutinya. Mereka ialah Sdra Mohd. Noor Zakaria ALK dan Puan Jumaiah binti Muzir anggota koperasi.


Adalah diharapkan kepada semua anggota yang telah mengikuti kursus ini agar dapat mempraktikkan segala pembelajaran dapat meningkatkan ekonomi dan juga membantu koperasi khasnya.

Wednesday, June 03, 2009

Kursus Asas Membangunkan Persembahan Multi Media

Pengerusi Koperasi sdra. Mohamad Maon telah mengikuti Kursus Asas Membangunkan Persembahan Multi Media di MKM Petaling Jaya selama 3 hari pada 1 - 3 Jun 2009. Kursus ini sepatutnya diikuti bersama Tuan Hj. Ahmad Rusli bin Hj. Ibrahim, tetapi malangnya Tuan Hj. Ahmad Rusli kesihatannya terganggu beliau tidak dapat hadir dalam kursus tersebut. Kursus ini amat berguna bagi koperasi kerana dapat menyediakan program-program dan aktiviti-aktiviti yang disusunatur dan diterjemahkan dalam bentuk multi media.
Harus diingat kursus-kursus yang diadakan di MKM adalah terbuka kepada semua ALK dan Anggota Koperasi untuk menyertai. Kepada semua anggota yang berminat untuk mengikuti kursus sila hubungi sdra Pengerusi di talian 013-3480294 atau sdra Ibrahim bin Mohamed di talian 013-4357387. Untuk makluman, semua ALK yang mengikuti kursus di MKM atau dimana sahaja adalah atas perbelanjaan sendiri.

Sdra Mohd. Noor Zakaria Masuk Hospital Sakit Jantung

Sdra Mohd. Noor Zakaria (ditengah) bersama Tuan Hj. Ahmad Rusli
Ibrahim dan sdra Kamarulzaman Ahmad ketika taklimat koperasi
TNB Kota Bharu Kelantan pada 17 November 2008

Pada 1 Jun 2009 bersamaan hari Isnin ketika itu saya berada di MKM untuk mengikut kursus 'IT Asas Membangunkan Persembahan Multi Media', saya menerima panggilan daripada Sdra Basharuddin Abdullah bahawa Sdra Mohd. Noor Zakaria ALK koperasi masuk Hospital Seri Kota di Klang kerana serangan sakit jantung. Beliau dimasukkan pada hari Jumaat. Setelah mendapat rawatan, beliau kini di tempatkan di wad 510. Saya mendoakan kepada Allah SWT moga-moga sdra Mohd. Noor beroleh kesihatan dan dapat menjalankan aktiviti seperti biasa. Insya'Allah.