Memandangkan Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB telah setahun wujud penubuhannya dan juga selaras dengan kehendak Undang-Undang Kecil (UUK) dimana tahun kewangan berakhir pada setiap 30 April, maka dengan itu juga buat pertama kalinya, kewangan koperasi di audit oleh Juruaudit dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Sejajar dengan itu, pada 12 Jun 2009 di Pejabat SKM Wilayah Persekutuan di Tingkat 9 bangunan Pertama kompleks, saya bersama Bendahari Hj. Ahmad Bakri bin Mohd. Zahir telah membawa segala dokumen yang berkaitan dengan penyata kewangan koperasi untuk di audit oleh SKM. Juruaudit berkenaan ialah Encik Mohd. Ikram.
Sebaik selesai penyata kewangan di audit, koperasi akan membuat persediaan untuk mengadakan mesyuarat agong. Mengikut syarat didalam UUK mesyuarat agong boleh diadakan dalam tempoh 6 bulan dari tempah berakhir tahun kewangan. Tarikh untuk mengadakan mesyuarat agong akan dibawa dan dibentang didalam mesyuarat ALK yang akan diadakan nanti. Cadangan untuk mengadakan mesyuarat agong tersebut akan diadakan pada bulan Oktober 2009, kerana pada bulan August dan September umat Islam akan menjalani ibadah puasa dan seterusnya menyambut idilfitri. Insya'Allah mesyuarat agong akan diadakan seperti yang dicadangkan.
No comments:
Post a Comment