Tuesday, June 08, 2010

Bersama Pesara TNB Bersantai Di Pulau Tioman


Bergambar di pantai tempat penyu bertelur


Menaiki boat untuk mengelilingi pulau dan snorkeling

bergambar di air terjun Pulau Tioman


Gambar kenangan keluarga pesara yang menyertai lawatan ke Pulau Tioman berlatarbelakang hotel penginapan di Pulau Tioman di Nazri's Place


Di Tepi jeti Kg Air Batang untuk balik ke Mersing

Pulau Tioman adalah sebuah pulau untuk pelancungan. Ramai pelancung dari luar negara yang bersantai dipulau ini untuk menikmati keindahan pantai dan laut yang tenang lagi jernih dengan batu karang yang indah didasar laut serta dengan ribuan ikan-ikan yang berbagai spesis dan jinak di perairannya. Walaupun ianya didalam negara, inilah pertama kali saya menjejaki kaki di Pulau Tioman. Bersama anjuran persatuan Pesara TNB pada 25 hingga 28 Mei 2010 saya bersama isteri Normah ikut serta lawatan ke Pulau Tioman selama 2 hari 3 malam. Di Pulau tersebut kami menginap di Nazri's Place di Kg. Air Batang. Perjalanan dengan ferri dari Mersing ke Tioman memakan masa hampir dua jam. Pakej kami meliputi pusing Pulau Tioman selain melawat tempat-tempat yang menarik di pulau berdekatan termasuk 'shopping' di kedai bebas cukai. Bersama saya sertakan gambar-gambar buat kenangan semasa lawatan ke Pulau Tioman

Monday, June 07, 2010

Lawatan Ke Turki

bergambar di dataran pemakaman Mustaffa Kamal Ataturk
Hotel dimana kami menginap dalam perjalanan ke Cappadocia, Ankara dan Bolu

Bergambar kenangan bersama Tentera Turki yang mengawal Dataran Mustafa Kamal Ataturk


Berehat untuk makan disebuah restoran dalam perjalanan ke Ankara

Juga bermalam di Hotel Kervansaray di Bursa dalam lawatan ke Cappadocia

Bergambar di atas 'ferryboat' untuk menyeberang tasik dalam perjalanan menuju ke Bursa

Bergambar kenangan di Cotton Castle


Bergambar di Koza Han


Pada 15 hingga 24 April 2010 saya bersama isteri membuat lawatan ke negara Islam Turki. Dengan menaiki flight Gulf Air, penerbangan memakan masa selama 11 jam lebih, itupun transit di Bahrain. Lawatan ke Turki bersama dengan V reka agency seramai 19 orang kebanyakannya adalah anggota kerja TNB. Semasa berada disana, negara Turki baru sahaja mengalami musim sejuk, jadi lawatan kami baru bermula musim bunga, namun cuaca terasa masih dingin walaupun ada pancaran sinaran matahari. Gambar semasa lawatan selama 8 hari diabadikan bersama untuk tatapan bersama.

Tuesday, March 30, 2010

Melawat Pameran Buku Antara Bangsa di PWTC


Bergambar bersama penulis buku "Alexander adalah Zulqarnain" di Gerai buku PTS


Bergambar bersama Tan Sri Jins Shamsuddin yang turut serta di pentas FINAS di PWTC


Pada 28 Mac 2010 saya berkesempatan melawat dan melihat pameran buku antarabangsa di PWTC di Kuala Lumpur bersama isteri dan anak. Disana juga saya berkesempatan berjumpa dengan Pengarah dan bintang filem yang terkenal iaitu Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin. Di antara banyak gerai-gerai pameran buku, saya ke gerai PTS yang mengeluar dan mencetak buku-buku 'bestseller'. Buku yang saya beli berjudul 'Alexander adalah Zulqarnain' penulisnya Wisnu Sasongku @ Muhammad Alexander (lihat gambar di atas).



Friday, March 26, 2010

Bicara Eksekutif

Seramai 3 orang ALK telah menghadiri program Bicara Eksekutif anjuran Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) yang bertemakan Teknologi Jalur Lebar: Ruang dan Peluang bagi Koperasi. Program tersebut diadakan pada 18 Mac 2010 di Auditorium Dato' Abdul Malik MKM Petaling Jaya telah dirasmikan oleh Y. B. Dato' Tan Lian Hoe, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK). ALK yang mengikuti program ini ialah Sdr. Mohamad bin Maon, Sdr. Mohd Noor bin Zakaria dan Puan Normah bt. Sarkawi.
Objektif program ini adalah
  • Untuk memberikan pendedahan mengenai Teknologi Jalur Lebar (BroadBand)
  • Untuk mempertingkatkan pengetahuan dalampenggunaan Teknologi Jalur Lebar dan
  • Untuk mendedahkan ruang dan peluang hasil daripada penggunaan teknologi jalur lebar yang boleh digunakan oleh gerakan koperasi dalam usaha meningkatkan produktiviti

Walaupun program ini diadakan setengah hari ianya memberikan ilmu dan pengetahuan yang amat berguna kepada semua koperator mengenai teknologi terkini.

Friday, March 05, 2010

Mengikuti Kursus Penulisan 'Bestseller'

Peserta kursus bergambar dengan encik Fauzul tenaga pengajar penulisan super
Encik Fauzul Naim selaku Facilitator dan juga tenaga pengajar sedang menyampaikan ceramahnya. Beliau juga merupakan Pengurus Besar syarikat PTS


Peserta kursus di antaranya saya. ditengah Ali Akbar Khan (Konsultan) dan di hujung Prof Dr Ir Mohd. Jailani (UKM)


Pada 29 - 31 Januari 2010, saya telah mengikuti kursus penulisan buku 'bestseller' yang dianjurkan oleh PTS. Kursus tersebut telah diadakan di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Kursus ini memberikan peluang penulis-penulis baru untuk menghasilkan karya mereka. Kesemua peserta kursus seramai 38 orang adalah terdiri dari kalangan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, konsultan dan juga dikalangan ahli akademik seperti doktor perubatan, pensyarah dan professor. Mereka-mereka ini mengikuti kursus untuk mempelajari kaedah penulisan buku yang boleh menarik pembaca berminat untuk membaca sesebuah karya.


Diakhir kursus, peserta dikehendaki mencari idea, apakah buku yang bakal dibuat dan akan diterbitkan. Oleh itu pihak PTS telah memperolehi sebanyak 38 judul buku dalam bentuk draft yang telah disediakan oleh peserta semua. Insya'Allah kalau tiada halangan dalam masa setahun masa yang diberikan oleh penerbit kalau tiada halangan akan berada dipasaran.

Saturday, February 20, 2010

Mesyuarat ALK di batal dan ditunda

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang sepatutnya diadakan pada 20 Februari 2010 di Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan kerana tidak mencukupi korum. Pembatalan mesyuarat ini disebabkan 4 orang tidak hadir kerana masalah persendirian, 5 orang tidak dapat dihubungi, hanya 4 orang ALK yang hadir bagi tujuan di atas. Notis pemberitahuan mesyuarat telah dihantar melalui 'sms' oleh setiausaha seminggu sebelum mesyuarat, namun menurut setiausaha beberapa orang ALK yang menyatakan persetujuan untuk hadir. Encik Halim memberitahu bahawa beliau terlibat dengan hari keluarga yang tarikh sama dengan tarikh mesyuarat yang akan diadakan di Kelab Kilat Kuala Lumpur.
Penetapkan tarikh mesyuarat, sebenarnya adalah persetujuan bersama diantara saya dengan Tuan Hj. Ahmad Rusli selaku Penasihat Koperasi, ketika mengadakan perjumpaan di Food Court Uniten pada 9 Februari 2010 bersama dengan sdra Hamzah Redza. Mesyuarat yang dirancang pada tarikh 20 Februari adalah penting kerana bagi membincangkan beberapa agenda untuk melaksanakan projek koperasi yang akan dijalankan. Antaranya adalah projek yang dicadangkan oleh Tuan Hj Ahmad Rusli iaitu projek Hotel Bajet. Projek ini adalah suatu projek yang baik untuk dilaksanakan kerana ia akan memberi pulangan dan mengisi kantung kewangan koperasi. Keduanya adalah persediaan bagi ALK untuk mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan TNB yang dijadualkan pada 3 Mac 2010 jam 3 petang. Perjumpaan ini adalah mensasarkan kepada beberapa perkara penting iaitu mendapat pengiktirafan koperasi dari TNB, memohon untuk mendapat projek-projek TNB dibawah RM20k melalui tender terbuka ataupun 'Award' (anugerah) dan memohon untuk mendapat salah satu daripada kuarter TNB di Jalan Faraday untuk dijadikan pejabat koperasi.
Untuk itu, diatas pembatalan mesyuarat tersebut, ALK telah menundakan tarikh mesyuarat kepada 3 Mac 2010 pada jam 10 pagi sebelum perjumpaan dengan pengurusan TNB diadakan disebelah petang pada tarikh yang sama. Oleh itu, adalah diharapkan pada tarikh tersebut semua ALK yang berkesempatan dikehendaki hadir.

Friday, January 22, 2010

Koperasi akan mengadakan perjumpaan dengan Pengurusan TNB

Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB (KPPK) akan mengadakan perjumpaan dengan pengurusan TNB dalam masa yang terdekat. Perjumpaan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan kepada pengurusan TNB mengenai aktiviti pesara-pesara keselamatan TNB yang telah menubuhkan koperasi pada 10 Jun 2008. Penubuhan koperasi adalah untuk meningkatkan ekonomi anggota selepas tamat tempoh perkhidmatan (persaraan wajib). Kita sedia maklum, mana-mana anggota yang telah bersara dari perkhidmatan, mereka ini sedikit sebanyak terkena TEMPIASAN kejutan budaya. Kejutan budaya ini tidak perlulah diterangkan, kita rasa semua anggota akan menghadapinya apabila tiba masanya nanti.

Perjumpaan yang dirancang nanti akan dapat membuahkan hasil kepada koperasi untuk mendapatkan sedikit peluang bisnes yang boleh mengisi kantung kewangan koperasi yang pihak TNB boleh tawarkan kepada koperasi sama ada melalui proses tender atau diberi melalui penganugerahan.


Harapan koperasi ia akan menjadi satu realiti, dimana koperasi boleh bergerak lebih jauh kehadapan lagi bagi manfaat anggota-anggota koperasi. Kewangan memainkan peranan penting untuk menggerakkan sesuatu organisasi atau koperasi, jika sesebuah koperasi untuk berdaya maju.

Thursday, January 07, 2010

4 Anak Pengerusi Koperasi PPK TNB menuntut di UiTM


Khairil Anuar anak yang sulung telah bekerja dan kini melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam secara 'part time' dalam semester 3


Nazatul Shima anak kedua ketika menerima Diploma dan sekarang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah di UiTM Sri Iskandar, Perak dalam semester 4


Nur Hanisah anak ketiga ketika menerima Ijazah di USM dan sekarang melanjutkan pengajian di peringkat master (MBA) di UiTM Shah Alam


Nur Faezzah anak keempat sekarang menuntut di UiTM Segamat dalam jurusan Akaun semester 3

Saya dan isteri bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya semua anak saya kini belajar diperingkat universiti, kecuali anak yang bungsu iaitu Noor Izzuddin yang masih bersekolah menengah didalam tingkatan 4. Alhamdulillah............