Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang sepatutnya diadakan pada 20 Februari 2010 di Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan kerana tidak mencukupi korum. Pembatalan mesyuarat ini disebabkan 4 orang tidak hadir kerana masalah persendirian, 5 orang tidak dapat dihubungi, hanya 4 orang ALK yang hadir bagi tujuan di atas. Notis pemberitahuan mesyuarat telah dihantar melalui 'sms' oleh setiausaha seminggu sebelum mesyuarat, namun menurut setiausaha beberapa orang ALK yang menyatakan persetujuan untuk hadir. Encik Halim memberitahu bahawa beliau terlibat dengan hari keluarga yang tarikh sama dengan tarikh mesyuarat yang akan diadakan di Kelab Kilat Kuala Lumpur.
Penetapkan tarikh mesyuarat, sebenarnya adalah persetujuan bersama diantara saya dengan Tuan Hj. Ahmad Rusli selaku Penasihat Koperasi, ketika mengadakan perjumpaan di Food Court Uniten pada 9 Februari 2010 bersama dengan sdra Hamzah Redza. Mesyuarat yang dirancang pada tarikh 20 Februari adalah penting kerana bagi membincangkan beberapa agenda untuk melaksanakan projek koperasi yang akan dijalankan. Antaranya adalah projek yang dicadangkan oleh Tuan Hj Ahmad Rusli iaitu projek Hotel Bajet. Projek ini adalah suatu projek yang baik untuk dilaksanakan kerana ia akan memberi pulangan dan mengisi kantung kewangan koperasi. Keduanya adalah persediaan bagi ALK untuk mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan TNB yang dijadualkan pada 3 Mac 2010 jam 3 petang. Perjumpaan ini adalah mensasarkan kepada beberapa perkara penting iaitu mendapat pengiktirafan koperasi dari TNB, memohon untuk mendapat projek-projek TNB dibawah RM20k melalui tender terbuka ataupun 'Award' (anugerah) dan memohon untuk mendapat salah satu daripada kuarter TNB di Jalan Faraday untuk dijadikan pejabat koperasi.
Untuk itu, diatas pembatalan mesyuarat tersebut, ALK telah menundakan tarikh mesyuarat kepada 3 Mac 2010 pada jam 10 pagi sebelum perjumpaan dengan pengurusan TNB diadakan disebelah petang pada tarikh yang sama. Oleh itu, adalah diharapkan pada tarikh tersebut semua ALK yang berkesempatan dikehendaki hadir.
No comments:
Post a Comment