Friday, January 14, 2011

Jumpa Bekas Pengurus Besar LLN di Despensary

NR John sedang berbual dengan Tan Sri Jalaluddin

Saya sempat bergambar dengan Tan Sri

Pada 10 Januari 2011, ketika saya bersama dengan NR John ke Despensary TNB Jalan Bangsar untuk mengambil ubat kerana saya selsema dan batuk serta tidak berapa sihat badan, maklumlah 'dah tua' secara kebetulan saya bertemu dengan bekas Pengurus Besar LLN Tan Sri Jalaluddin Zainuddin di klinik. Saya bertemu dan berbual dengan beliau serta bertanya khabar, nampaknya beliau masih sihat, walaupun beliau telah bersara dari perkhidmatan LLN selama 20 tahun lebih.

Beliau bertanya siapa saya, saya mengatakan bahawa saya Mohamad Maon bekas setiausaha PERUNIKA dimana dalam mesyuarat agung pada tahun 80an saya memberitahunya Tan Sri lah yang bersetuju bahawa Perunika diterima untuk berbincang dengan pihak pengurusan dalam Majlis Bersama Jabatan (DJC). Beliau dengan mesranya bertanya saya, masihkah bekerja atau sudah bersara, saya mengatakan bahawa saya telah bersara hampir 6 tahun.

Begitulah adat hidup, ibarat bagai putaran roda, ada kala kita di atas dan ada pula kita berada di bawah.

Wednesday, January 12, 2011

Perjumpaan dengan Encik Hamni SKM Wilayah

Pada 12/1/2011 saya bersama dua orang ALK iaitu Mohd. Noor Zakaria dan Tan Baba telah mengadakan perjumpaan dengan En. Hamni SKM cawangan Wilayah Persekutuan di Pertama Kompleks. Perjumpaan tersebut diatur ekoran dari mesyuarat ALK yang telah diadakan pada 8/1/2011 dimana ALK ingin mengetahui mengenai pinjaman tanpa cagaran oleh SKM. Sepatutnya perjumpaan tersebut bersama dengan seorang lagi ALK iaitu Hj. Ahmad Rusli Ibrahim tetapi beliau tidak dapat hadir kerana membuat 'medical check-up' di hospital.

Dalam perjumpaan tersebut Encik Hamni menerangkan bahawa koperasi dikehendaki menyediakan segala keperluan apabila ingin membuat sesuatu projek dan memohonan untuk bantuan kewangan tanpa cagaran bergantung kepada sais projek yang hendak dijalankan.

Merujuk kepada perkara berkenaan, koperasi perlu menyediakan kertas kerja, apakah projek yang hendak dijalankan samada sebagai pembekal, pemborong, dan sebagainya. Selain daripada itu juga, koperasi akan mengadakan usahasama dengan syarikat keselamatan untuk mendapatkan tender dengan TNB. Jika ianya berjaya koperasi akan memulakan projek pada tahun ini, Insya'Allah.

Monday, January 10, 2011

Hj Sufian Ibrahim Kemalangan

Pada petang 9 Januari 2011, saya mendapat berita melalui telefon daripada Hj Yahya Aripin mengatakan bahawa Hj. Sufian kemalangan jalan raya di Seremban keadaan kritikal. Selepas berita tersebut saya terima banyak sms dari rakan-rakan mengatakan bahawa Hj. Sufian mendapat kemalangan dan tidak kurangnya ada yang bertanya bagaimana keadaannya. Tetapi saya menjawab saya tidak tahu melainkan Sdra kamarulzaman menghubungi saya yang melawat Hj Sufian menyatakan bahawa Hj Sufian seriuos dan koma.

Pada 10 Januari 2011, saya bersama sdra NR John melawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan berjumpa dengan kedua-dua anaknya bernama Azura dan Suzi menceritakan keadaannya yang berlaku. Ayahnya mendapat kemalangan jalannraya pada petang sabtu 8 Januari 2011 berhadapan sekolah King Goerge Seremban dimana kemalangan tersebut berlaku. Akibat kemalangan tersebut Hj. Sufian mengalami kecederaan kaki, lutut, badan, kepala, tangan dan keseluruhan badannya bengkak dan lebam pada muka dan juga kepala. Lebih menyedihkan bahawa tulang rusuk beliau patah satu di kiri dan dua di kanan. Ketika saya menziarah beliau, saya terasa hiba dan pilu melihat keadaannya, walaubagaimanapun saya berharap beliau cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala.

Diakhir kata saya mendoakan supaya keluarga beliau bersabar menghadapi musibah yang berlaku yang tanpa kita duga sama sekali. Ini semua adalah takdir dari Allah SWT.

Sunday, January 02, 2011

SM (B) Wan Fauzi Wan Hussin Meninggal Dunia

Saya menerima berita dari rakan-rakan pesara iaitu Hj Abu Borhan bin Ali, Hj. Ibrahim bin Mohamed dan rakan saya Hj Sufian bin Ibrahim menyatakan bahawa bekas Sarjan Mejar Wan Fauzi bin Wan Hussin telah kembali ke Rahmatullah pada 2 Januari 2011 jam 7.40 malam di Hospital HUSM Kubang Kerian. Allahyarham meninggal dunia diberitakan mengidap sakit leukuminia. Gambar beliau tidak ada dalam simpanan saya. Kalau ada saya akan lampirkan dengan gambar beliau. Beliau bertugas sebagai KGT (Ketua Gerakan Tempatan) di Stesen Janaelektrik Pergau sehingga bersara dari perkhidmatan. Saya sendiri pun tidak tahu bila arwah bersara.
Saya dan juga rakan-rakan pesara mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan roh para shalihin - amin .

Mesyuarat ALK ke 2 bagi sesi 2010/11

Sayugia dimaklumkan bahawa mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) akan diadakan pada 8 Januari 2011 di bilik mesyuarat pejabat keselamatan TNB Metro, mesyuarat dimulakan pada jam 9.30 pagi. Oleh itu, semua ALK tidak ada pengecualian dan dikehendaki hadir.

ALK yang dipilih didalam mesyuarat agung yang telah diadakan pada 30 Oktober 2010 adalah seperti berikut:

1. Mohamad bin Maon - Pengerusi
2. Mohamed bin Othman - Setiausaha
3. N. R. John - Bendahari
4. Halim bin Ishak
5. Tan Baba
6. Ibrahim bin Mohamed
7. Mohd. Noor bin Zakaria
8. Normah binti Sarkawi
9. Ahmad Rusli bin Ibrahim
10. Shahruddin bin Abdullah Sani
11. Hussin bin Abdul Rahman
12. Hamzah bin Redza

Berikut adalah agenda mesyuarat:
i. Ucapan pengerusi
ii. Membentangkan minit mesyuarat yang lalu
iii. Perkara-perkara berbangkit
iv. Aktiviti koperasi
v. Kewangan
vi. Hal-hal lain

Selamat Tahun Baru 2011


Sempena Ketibaan Tahun Baru 2011, saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua pesara-pesara keselamatan TNB dan juga yang masih lagi dalam perkhidmatan, semoga dengan ketibaan tahun baru ini, semangat dan azam juga akan diperbaharui selaras dengan wawasan yang sdra-sdra cita-citakan.


Bila kita bercakap tentang wawasan dan impian bukan saja organisasi mempunyai wawasan, tetapi setiap individu terutama pesara mesti mempunyai wawasan. Wawasan mereka bukanlah sebagaimana wawasan syarikat atau pun organisasi, tetapi wawasan pesara adalah bagaimana untuk meningkatkan tahap amalan setiap hari menghadapi masa-masa tua. Dimasa inilah kita semestinya memberi penumpuan kita kepada amal ibadah. Bila lagi kita hendak lakukan, masa tidak menanti kita, usia semakin lanjut, kita tidak akan menjadi muda, oleh itu, rebutlah peluang untuk beramal seberapa banyak yang mungkin selagi hayat masih ada sebelum menghadapi kepada Allah SWT.


Selamat menyambut tahun baru dan selamat menguatkan azam untuk beramal dan beribadah kepada Allah SWT moga-moga kita akan mendapat rahmat daripadaNya, Insya Allah