Sunday, January 02, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Sempena Ketibaan Tahun Baru 2011, saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua pesara-pesara keselamatan TNB dan juga yang masih lagi dalam perkhidmatan, semoga dengan ketibaan tahun baru ini, semangat dan azam juga akan diperbaharui selaras dengan wawasan yang sdra-sdra cita-citakan.


Bila kita bercakap tentang wawasan dan impian bukan saja organisasi mempunyai wawasan, tetapi setiap individu terutama pesara mesti mempunyai wawasan. Wawasan mereka bukanlah sebagaimana wawasan syarikat atau pun organisasi, tetapi wawasan pesara adalah bagaimana untuk meningkatkan tahap amalan setiap hari menghadapi masa-masa tua. Dimasa inilah kita semestinya memberi penumpuan kita kepada amal ibadah. Bila lagi kita hendak lakukan, masa tidak menanti kita, usia semakin lanjut, kita tidak akan menjadi muda, oleh itu, rebutlah peluang untuk beramal seberapa banyak yang mungkin selagi hayat masih ada sebelum menghadapi kepada Allah SWT.


Selamat menyambut tahun baru dan selamat menguatkan azam untuk beramal dan beribadah kepada Allah SWT moga-moga kita akan mendapat rahmat daripadaNya, Insya Allah

No comments: