Pada 11 - 13 April 20011, saya menghadiri kursus IT Asas Membangunkan Blog di MKM Petaling Jaya. Walaupun kursus tersebut selama 3 hari, ia cukup memberi manfaat kepada saya untuk meningkatkan ilmu IT pada waktu usia dalam persaraan. Memang saya telah mempunyai blog sendiri sebelum mengikuti kursus ini tetapi saya belajar bersendirian melalui tunjuk ajar dari anak-anak saya. Blog ini saya buat khusus untuk koperasi dan ahli-ahli pesara yang sama-sama dalam perkhidmatan di suatu ketika. Syukur Alhamdulillah, saya kini bertambah ilmu sedikit untuk merekacipta blog untuk lebih menarik lagi. Terima kasih kepada 2 orang tenaga pengajar (Fasilitator) iaitu Puan Rosidah dan Encik Faiz yang telah menunjuk ajar kepada semua peserta kursus dengan baik sekali.
No comments:
Post a Comment