Tuesday, February 28, 2012

Trip Ke Padang/Bukit Tinggi Indonesia

Saya bersama isteri ketika tiba di terminal BIM Indonesia

Pada tahun ini, bermula Januari dan Februari 2012, saya sudah melancung tiga destinasi, Pertama di Jakarta/Bandung, Pulau Langkawi  dan baru-baru ini pada 24 - 27 Februari 2012 saya melancung ke Padang/Bukit Tinggi Indonesia. Trip ke Padang selama 4 hari ada lah bersama dengan ahli jemaah surau. Seramai 21 orang termasuk pasangan suami isteri dan anak serta cucu telah mengikuti rombongan yang di 'organise'kan oleh saya sendiri. Pada 24 Februari 2012 tepat jam 8.30 pagi (WIB), penerbangan Air Asia yang  kami naiki mendarat di BIM (Bandara International Minangkabau), maka dari sini bermulalah rombangan kami melawati Padang dan Ke Bukit Tinggi Indonesia.


Sepanjang perjalanan dengan menaiki bus pariwisata dari Padang ke Bukit Tinggi degan jarak hampir 150 km banyak tempat yang kami lalui iaitu Lembah Along, Sicincin, Lembah Anai terkenal dengan Air Terjunnya, Padang Panjang, Kota Baru, Padang Luar dan terus ke destinasi Bukit Tinggi dan bermalam di Campago Hotel.  Berikut adalah gambar yang dapat saya rakamkan bila kami singgah disesuatu lokasi.


Mengabadikan kenangan di Air Terjun Lembah Anai

Normah bergambar di hadapan Restoran Lamun Ombak

di Rumah Gadang, Sapawi (kiri) dan Amsidom (kanan) dengan pasangan memakai pakaian pengantin mengimbas kembali di zaman muda

Normah membeli pakaian di kedai Sulaman Putri Minang

Menikmati hidangan di restoran tengah sawah

Ke kedai sulaman Hajjah Rosma

 Air Terjun Lembah Haruo

Di hadapan istana Pagar Ruyung

Kenangan di hadapan Jam Gadang

 Di pintu masuk Lubang Jepun

Bergambar dengan cewek-cewek di Bukit Tinggi

'group photo' berlatarbelakang Campago Hotel Bukit Tinggi

Pada 27 Februari 2012 jam 8.30 pagi (WIB) rombongan kami berangkat balik ke semenanjung dengan penerbangan Air Asia. Selamat tinggal Padang, Insya' Allah jika ada masa, umur dan rezeki kami akan datang kembali.

Thursday, February 09, 2012

Tuesday, February 07, 2012

Berehat di Pulau Langkawi bersama keluarga

Sempena cuti umum 2 hari pada Isnin 6hb. (Maulidur Rasul) dan  Selasa 7hb. Februari 2012 (Thaipusam), kami merancang untuk berehat dan jalan-jalan di Langkawi.

Hari pertama sabtu 4hb, Februari pada  jam 7 pagi kami sekeluarga dengan menaiki dua buah kereta secara konvoi bergerak dari Klang melalui lebuhraya terus ke Kuala Perlis iaitu destinasi terakhir sebelum menaiki feri untuk berehat di Pulau Langkawi. Perjalanan mengambil masa 8 jam kerana sepanjang lebuhraya terlalu banyak kenderaan kerana masing-masing mengambil kesempatan melancung dalam negara dan balik kampung. Begitu juga bila kami berhenti di R&R terlalu sesak dengan kenderaan dan juga manusia.


Anis memandu kereta MyVi SE

Sampai di Kuala Perlis jam 4.30 petang, orang terlalu ramai di kaunter membeli tiket untuk menaiki feri ke pulau. Akibat terlalu ramai, kami dapat menaiki feri jam 7 malam. sampai di Langkawi sekitar jam 9 malam. Naik teksi  ke Pantai Tengah dimana kami menginap selama 2 malam setelah tempahan dibuat lebih awal.

Hari kedua  5 Februari 2012
Kami menyewa teksi van dengan harga pakej RM120 selama 4 jam dan memulakan perjalanan  mengelilingi pulau dengan destinasi pertama ke tempat memproses dan memasak minyak gamat,


Inilah teksi van yang kami 'chartered' dengan pemandu En Sazali Abdul Aziz 
yang membawa kami tempat yang dilawati


 Diatas bergambar di dapur masak minyak gamat
dan dibawah sedang memilih minyak gamat untuk dibeli


Destinasi kedua ke makam mahsuri

Bergambar di hadapan makam Mahsuri

Destinasi ketiga ke Padang Mat Sirat

Anis dan Shima merakamkan kenangan 
di tapak sejarah Beras Terbakar

Destinasi keempat ke Cable Car - Kami tidak sempat menaiki cable car kerana terlalu ramai pengunjung  dan terpaksa menunggu giliran, jadi kami melihat dipersekitarannya sahaja.


Destinasi kelima di Air Hangat Village


 
berendam kaki di air hangat 

Destinasi seterusnya ialah ke Pekan Kuah, shopping di kedai Hj Ismail Group untuk membeli apa yang boleh dibeli. Shopping adalah tertumpu kepada makanan coklat yang berbagai jenis.

Hari ketiga 6 Februari  2012
Kami berangkat balik dengan menaiki feri jam 10 pagi, kami balik lebih awal adalah untuk mengelakkan kesesakan di lebuhraya ketika perjalanan. Begitulah kenangan bersama keluarga berlibur di pulau pelancungan Pulau Langkawi. Insya'Allah kalau ada umur dan rezeki kami akan datang lagi....


Dalam feri untuk berangkat balik ke Kuala Perlis