Tuesday, February 07, 2012

Berehat di Pulau Langkawi bersama keluarga

Sempena cuti umum 2 hari pada Isnin 6hb. (Maulidur Rasul) dan  Selasa 7hb. Februari 2012 (Thaipusam), kami merancang untuk berehat dan jalan-jalan di Langkawi.

Hari pertama sabtu 4hb, Februari pada  jam 7 pagi kami sekeluarga dengan menaiki dua buah kereta secara konvoi bergerak dari Klang melalui lebuhraya terus ke Kuala Perlis iaitu destinasi terakhir sebelum menaiki feri untuk berehat di Pulau Langkawi. Perjalanan mengambil masa 8 jam kerana sepanjang lebuhraya terlalu banyak kenderaan kerana masing-masing mengambil kesempatan melancung dalam negara dan balik kampung. Begitu juga bila kami berhenti di R&R terlalu sesak dengan kenderaan dan juga manusia.


Anis memandu kereta MyVi SE

Sampai di Kuala Perlis jam 4.30 petang, orang terlalu ramai di kaunter membeli tiket untuk menaiki feri ke pulau. Akibat terlalu ramai, kami dapat menaiki feri jam 7 malam. sampai di Langkawi sekitar jam 9 malam. Naik teksi  ke Pantai Tengah dimana kami menginap selama 2 malam setelah tempahan dibuat lebih awal.

Hari kedua  5 Februari 2012
Kami menyewa teksi van dengan harga pakej RM120 selama 4 jam dan memulakan perjalanan  mengelilingi pulau dengan destinasi pertama ke tempat memproses dan memasak minyak gamat,


Inilah teksi van yang kami 'chartered' dengan pemandu En Sazali Abdul Aziz 
yang membawa kami tempat yang dilawati


 Diatas bergambar di dapur masak minyak gamat
dan dibawah sedang memilih minyak gamat untuk dibeli


Destinasi kedua ke makam mahsuri

Bergambar di hadapan makam Mahsuri

Destinasi ketiga ke Padang Mat Sirat

Anis dan Shima merakamkan kenangan 
di tapak sejarah Beras Terbakar

Destinasi keempat ke Cable Car - Kami tidak sempat menaiki cable car kerana terlalu ramai pengunjung  dan terpaksa menunggu giliran, jadi kami melihat dipersekitarannya sahaja.


Destinasi kelima di Air Hangat Village


 
berendam kaki di air hangat 

Destinasi seterusnya ialah ke Pekan Kuah, shopping di kedai Hj Ismail Group untuk membeli apa yang boleh dibeli. Shopping adalah tertumpu kepada makanan coklat yang berbagai jenis.

Hari ketiga 6 Februari  2012
Kami berangkat balik dengan menaiki feri jam 10 pagi, kami balik lebih awal adalah untuk mengelakkan kesesakan di lebuhraya ketika perjalanan. Begitulah kenangan bersama keluarga berlibur di pulau pelancungan Pulau Langkawi. Insya'Allah kalau ada umur dan rezeki kami akan datang lagi....


Dalam feri untuk berangkat balik ke Kuala Perlis

No comments: