Didalam pesawat Garuda ketika hendak terbang
Pada 21-24 Januari 2012, saya bersama Normah isteri saya melancung ke Jakarta/Bandung melalui pakej pelancungan seramai 28 orang dengan menaiki flight Garuda. Pakej pelancung ini menawarkan lawatan tempat yang menarik selain daripada 'shopping' yang menjadi kegemaran para ibu yang berkunjung ke sana. Penerbangan dari KLIA memakan masa 1.30 itu sampai di Airport Soekarno-Hatta Jakarta jam lebih kurang 8.30 pagi waktu Jakarta. Perbezaan masa di Malaysia dengan waktu Indonesia adalah lewat satu jam. Sebaik sampai di Jakarta kami terus dibawa ke Bandung dengan menaiki bas Pariwisata melalui highway. Agak menyedihkan sepanjang perjalanan mengalami kesesakan dimana perjalanan baru sejauh 50 km memakan masa hampir 4 jam sedangkan jarak dari Jakarta ke Bandung jauh 170 km. Oleh kerana cuti di Indonesia sama dengan Malaysia, maka kebanyakan warga Jakarta berkunjung ke Bandung, ini yang menyebabkan kesesakan sepanjang perjalanan ke Bandung. Di Jakarta menyambut tahun baru china yang dipanggil 'IMLEK' sama tarikh dengan Malaysia. Sambutan mereka satu hari sahaja pada 25 Januari tetapi di Malaysia disambut 2 hari iaitu 25 dan 26 Januari.
Gunung Tangkuban Perahu. Semasa kami berada disini,
cuacanya sejuk dengam angin yang bertiup kuat
Bersantai dihadapan 'Shopping Complex' Bandung
dengan dihiburi oleh penyanyi jalanan
Kami menginap dua malam di Hotel Caryota Bandung. Kebiasaan di Jakarta ketika weekend (cuti hujung minggu dan disambung dengan perayaan Tahun Baru China) boleh dikatakan warga Jakarta semuanya liburan ke Bandung. Jadi ketika kami disana, Bandung disesakkan dengan kenderaan dan manusia yang terlalu ramai, sehinggakan pusat membeli-belah dipenuhi dengan manusia.
Hari ketiga kami berangkat ke Jakarta, di Jakarta kami melawat masjid yang dibina selama 17 tahun dan gambar di atas ini adalah rakaman kenangan kami di hadapan Masjid Istiqlal. Di Jakarta kami menginap di Hoter Alia Pasar Baru.
Bergambar di sebuah rumah Sumatera di antara 33 buah negeri di Taman Mini Indonesia sebelum berangkat pulang ke Malaysia dengan penerbangan Garuda pada jam 5 petang waktu Indonesia. Itulah sedikit kenangan dan oleh-oleh dari kami sempena trip ke Jakarta/Bandung Indonesia.
No comments:
Post a Comment