Saya telah bersara dari perkhidmatan keselamatan LLN/TNB pada tahun 2005 dan kini hampir tujuh tahun saya telah meninggalkan alam pekerjaan, kini masih lagi terbayang dan ingatan kepada rakan dan sahabat yang satu ketika dulu sama-sama berkhidmat dalam satu pasukan, kini hanya tinggal kenangan. Antara kenangan yang mengimbau kembali, apabila PERUNIKA (Persatuan Unit Keselamatan),dimana saya adalah setiausaha agung, mengadakan mesyuarat atau seminar, semua KGN akan hadir disamping AJK Pusat dan juga ahli serta perwakilan. Berikut adalah gambar yang menunjukkan keadaan ahli dan KGN bersatu dalam PERUNIKA.
Saya bersama Zubir berbual dengan Tan Sri Jalaluddin Pengurus Besar LLN ketika itu dan kelihatan dibelakang beberapa orang KGN antaranya Encik Haidil Mahmood (Allahyarham), Encik Abdullah Bidru, Encik Ahmad Nasir Idris, Encik Ainuddin Lote dan Encik T.M Balakrishnan (Mendiang), dibelakang Encik Haidil Encik Zakaria Alias (Allahyarham)
Tuan Ahmad Rusli Hj Ibrahim Ketua Pegawai Keselamatan bersama dengan Encik Haidil akan turut serta didalam setiap program yang di anjurkan oleh Perunika.
Begitu juga dari kiri Encik Abd Razak Long (Bersara)KGN sebelah Encik Razak , Encik Surip , Encik Halim Ishak KGN dan Encik Mohd Zain Mat Noh akan juga serta bersama-sama. Begitulah kukuhnya ukhwah pada ketika itu
No comments:
Post a Comment