Seorang lagi pesara keselamatan yang sering saya temui dan masih sihat dan suka melancung keluar negara. dan boleh dikatakan separuh daripada dunia ini telah beliau lawati selain dari Mekah untuk menunaikan fardhu haji. Antara Negara yang beliau lawati antaranya negara-negara Eropah, Korea, Jepun, China, Philipina, Indonesia, Vietnam. Thailand, Iran, Turki dan negara-negara Arab. Beliau adalah Tuan Hj. Adanan bin Kasian (gambar di bawah) yang kini berusia 67 tahun dan telah bersara selama 12 tahun dari perkhidmatan Keselamatan LLN/TNB. Beliau merupakan sahabat karib saya yang mempunyai tarikh lahir, hari dan bulan yang sama iaitu 16 Ogos kecuali tahunnya berbeza, saya tahun 1949 dan beliau tahun 1945. Beliau adalah bekas anggota tentera dari Kor UGAT (Urusan Gaji Angkatan Tentera). Beliau bersara dari perkhidmatan keselamatan dengan menyandang pangkat kopral.
Beliau kini menetap di Sg Dulang-Dulang, Batu Pahat Johor, kini mengusahakan kebun kelapa sawit sepenuh masa. Beliau sering menyatakan kepada saya, apabila telah bersara kita perlu melakukan dan membuat kerja bagi mengeluarkan peluh supaya badan kita tidak manja dan berkebun adalah sebahagian daripada eksesais tersebut.