Pada 19 November 2012 di Subang, saya telah bertemu dan berbual dengan beliau secara kebetulan beliau ingin berjumpa dengan saya. Beliau adalah seorang bekas Bos Keselamatan dan juga seorang pesara yang telah bersara selama 12 tahun (pada kiraan saya). Bekas Bos ini, saya pasti semua anggota keselamatan mengenalinya kecuali anggota yang baru masuk berkhidmat. Beliau ialah Tuan Hj Mohd, Hanafi bin Hj. Hassan.
Semasa dalam perkhidmatan LLN/TNB beliau merupakan timbalan kepada Pengurus Kanan Tuan Hj. Ahmad Rusli bin Hj. Ibrahim. Apabila Tuan Hj. Ahmad Rusli bersara pada usia 55 tahun, maka Tuan Hj Mohd. Hanafi telah mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Keselamatan TNB. Tidak berapa lama beliau memimpim Jabatan Perkhidmatan Keselamatan TNB, beliau ditukarkan bagi menjawat jawatan Ketua Pegawai Keselamatan di UNITEN sehingga beliau bersara. Kini beliau berusia 67 tahun.
Dalam pertemuan saya dengan beliau, beliau menyatakan bahawa beliau telah menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) tiga tahun yang lepas. Saya melihat dari segi fizikal beliau bertambah segak dan sihat. Saya mendoakan semoga Allah memberi kesihatan kepada beliau untuk menjalani hidup di alam persaraan . Beliau kini menentap di No 15, Jalan USJ 2/2Q UEP Subang Jaya.
No comments:
Post a Comment