Saturday, December 15, 2012

Menjejaki Pesara Keselamatan 8

Dalam mesyuarat agung koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB yang diadakan pada 15 Disember 2012 yang telah diadakan di Adamson Hotel Kuala Lumpur ramai dikalangan pesara yang hadir. Saya sempat merakamkan gambar beberapa orang pesara yang ingin di muatkan didalam blog ini sebagai ingatan dan kenang-kenangan di masa akan datang. Antara mereka adalah:


Tuan Hj. Ahmad Rusli bin Hj. Ibrahim yang kini berusia 71 tahun. Beliau adalah mantan Ketua Pegawai Keselamatan dan telah bersara dari perkhidmatan selama 16 tahun. Masih kelihatan sihat dan ceria.


Tuan Hj. Zainuddin bin Mat Dawi mantan Ketua Gerakan dan Pentadbiran di Ibu Pejabat kini beliau berusia 70 tahun berasal dari Pahang dan kini menetap di Taman Sri Gombak.


Tuan Hj Ahmad Bakri bin Mohd Zahir bekas Sarjan Mejar berusia 62 tahun kini beliau menetap di Johor Bharu. Kelihatan sihat dan ceria.


Tuan Hj. Shahruddin bin Abdullah bekas kopral dan telah bersara selama 6 tahun berusia 62 tahun, dan kini menetap di Mentakab Pahang

Thursday, December 06, 2012

Mesyuarat Agung Koperasi Ke 4

Sebagaimana yang semua sedia maklum bahawa koperasi dikehendaki mengadakan mesyurat agung setiap tahun bagi memenuhi tuntutan undang-undang kecil koperasi (UUK) dan akta koperasi. Menurutnya mesyuarat agung mesti diadakan sama ada koperasi tersebut mempunyai aktiviti atau tidak. Berdasar kepada UUK koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan tidak mempunyai pilihan selain mesti mengadakan mesyuarat tersebut selewat-lewat bulan oktober setiap tahun. Oleh kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan mesyuarat berkenaan tertangguh sehingga bulan Disember. 

Dalam mesyuarat ALK pada November 2012. ALK telah bersetuju dan menetapkan tarikh pada 15 Disember 2012  untuk mesyuarat tersebut diadakan dan ALK juga bersetuju lokasi mesyuarat adalah di Kuala Lumpur.

Oleh itu, saya bagi pihak pengerusi dan ALK dengan ini menjemput tuan/puan untuk menghadiri mesyuarat berikut:

Tarikh   :   15 Disember 2012
Masa    :    09.30 pagi
Tempat :    Dewan Geliga, Tingkat Satu, Adamson Hotel, Lorong Hj Hussin 2 Kuala Lumpur

Surat edaran mengenai notis pemberitahuan mesyuarat agung berkenaan. telah pun dihantar kepada semua ALK dan juga anggota koperasi. Sekian dimaklumkan.

Wednesday, December 05, 2012

Menjejaki Pesara Keselamatan 7

Pada 3 Disember 2012, saya telah menemui salah seorang bekas Pegawai Keselamatan. Pertemuan tersebut diadakan dirumah beliau, setelah saya menghubunginya terlebih dahulu. Jika tidak menghubungai beliau, dikhuatiri beliau tidak ada di rumah. kerana beliau sejak 2 tahun kebelakangi ini, beliau mendapat rawatan dihospital membuat hemodialisis. Beliau adalah Tuan Hj. Kamaruddin bin Imas, berusia 66 tahun sudah bersara selama 11 tahun dari perkhidmatan TNB. Beliau menetap di No 34, Jalan Teres 8/1B, Shah Alam.

Tuan Hj Kamar kelihatan ceria bercerita mengenai dirinya

Semasa dalam perkhidmatan, beliau merupakan pegawai keselamatan ranking no 3.dalam jabatan. Sebelum beliau memasuki LLN/TNB beliau dari BPR. Beliau bersara dalam Unit PEKEMAS (Perolehan Kembali Hasil). Dalam pertemuan dengan Tuan Hj. Kamar (ringkas nama Kamaruddin), beliau menyatakan sejak dua tahun kebelakangan, beliau kerap dimasukan ke hospital kerana penyakit yang dihidapinya dan pernah mengalami tanpa penglihatan (buta mata)  selama 2 bulan. Hasil usaha beliau dari  beberapa  tempat yang beliau mendapat rawatan,  akhirnya dengan izin Allah, Alhamdulillah, beliau dapat melihat semula.



Kedatangan saya kerumah nya, isterinya  menyajikan pulut dengan durian dan kueh bahulu, terasa enaknya. makan seperti ini, teringat saya masa kecil di kampung bersama dengan arwah Mak Tua (mak we) makan nasi dengan santan dan digaul dengan durian. Makan seperti itu jarang diamalkan oleh generasi masa kini.

makan pulut dengan santan dan durian

Akhir kata sebelum saya meninggalkan rumahnya saya mendoakan kesihatan Tuan Hj Kamar akan  bertambah baik walaupun beliau menjalani rawatan hemodialisis.