Pada 3 Disember 2012, saya telah menemui salah seorang bekas Pegawai Keselamatan. Pertemuan tersebut diadakan dirumah beliau, setelah saya menghubunginya terlebih dahulu. Jika tidak menghubungai beliau, dikhuatiri beliau tidak ada di rumah. kerana beliau sejak 2 tahun kebelakangi ini, beliau mendapat rawatan dihospital membuat hemodialisis. Beliau adalah Tuan Hj. Kamaruddin bin Imas, berusia 66 tahun sudah bersara selama 11 tahun dari perkhidmatan TNB. Beliau menetap di No 34, Jalan Teres 8/1B, Shah Alam.
Tuan Hj Kamar kelihatan ceria bercerita mengenai dirinya
Semasa dalam perkhidmatan, beliau merupakan pegawai keselamatan ranking no 3.dalam jabatan. Sebelum beliau memasuki LLN/TNB beliau dari BPR. Beliau bersara dalam Unit PEKEMAS (Perolehan Kembali Hasil). Dalam pertemuan dengan Tuan Hj. Kamar (ringkas nama Kamaruddin), beliau menyatakan sejak dua tahun kebelakangan, beliau kerap dimasukan ke hospital kerana penyakit yang dihidapinya dan pernah mengalami tanpa penglihatan (buta mata) selama 2 bulan. Hasil usaha beliau dari beberapa tempat yang beliau mendapat rawatan, akhirnya dengan izin Allah, Alhamdulillah, beliau dapat melihat semula.
Kedatangan saya kerumah nya, isterinya menyajikan pulut dengan durian dan kueh bahulu, terasa enaknya. makan seperti ini, teringat saya masa kecil di kampung bersama dengan arwah Mak Tua (mak we) makan nasi dengan santan dan digaul dengan durian. Makan seperti itu jarang diamalkan oleh generasi masa kini.
makan pulut dengan santan dan durian
Akhir kata sebelum saya meninggalkan rumahnya saya mendoakan kesihatan Tuan Hj Kamar akan bertambah baik walaupun beliau menjalani rawatan hemodialisis.
No comments:
Post a Comment