Kenangan lagu-lagu sentimental memberikan satu nostalgia, betapa kenangan lalu tidak akan kembali kepada masakini. Ia tidak akan berlaku lagi, yang telah pergi tetap pergi berlalu begitu sahaja, begitu kehendak yang telah diatur oleh maha pencipta. Kita hanya mengikut dan menyerah sahaja,
Berita terkini dan semasa mengenai aktiviti koperasi & pesara keselamatan TNB
Tuesday, October 01, 2013
Thursday, September 05, 2013
Biarlah Bulan Bicara Sendiri
Bila hidup telah menjangkau usia emas, maka banyaklah ingatan dan nostalgia lama menjelma kembali. Apa tidaknya...semasa kerja, kita ramai kawan dan sahabat. tetapi apabila kita telah bersara, kita tidak ada lagi rakan dan sahabat. Jadi kalau rasa nak hilangkan 'boring' kita cari, rakan dan sahabat yang baru iaitu di surau dan di masjid. Tempat ini adalah kebiasaan bagi pesara-pesara untuk menghilangkan bosan dan kesunyian, tambahan lagi jika isteri masih bekerja dan belum bersara. Lagu sentimental ini, menghilangkan kesayuan hati apabila bersendirian..... Insya Allah.
Monday, August 26, 2013
TRIP ke 'Central Europe' 28 April hingga 9 Mei 2013
Hari Pertama
Saya bersama isteri saya mengikuti satu trip ke 'Central Europe' yang meliputi England, France, Switzerland, Germany, Holland dan Belgium. Dengan menaiki Pesawat Mas penerbangan dari KLIA selama 13 jam kami tiba di Lapanngan Terbang Heathrow London dalam keadaan cuaca masih sejuk. Trip ini terdiri daripada 38 orang peserta. Destinasi yang pertama kami tiba di London. Di London kami menginap semalam dan diawal pagi keesokan, kami memulakan perjalanan menuju ke France (Perancis) dengun menaiki Eurostar Train memakan masa selama dua jam setengah yang merentasi selat inggeris.
suasana pagi dihadapan hotel Holiday Inn Express Newbury Park ,London
Hari Kedua - London - Paris
Awal pagi kami bergerak untuk menaiki Eurostar Train. untuk ke destinasi Kota Paris, France. Menaiki Train pemeriksaan imegresen dan kastam serupa keadaan nya ketika di lapangan terbang . Setelah melalui proses dokumentasi kami menuju ke Kota Paris, France
Awal pagi kami bergerak untuk menaiki Eurostar Train. untuk ke destinasi Kota Paris, France. Menaiki Train pemeriksaan imegresen dan kastam serupa keadaan nya ketika di lapangan terbang . Setelah melalui proses dokumentasi kami menuju ke Kota Paris, France
di stesen keretapi Euro Star London untuk berlepas ke France
Tiba di Paris, kami dibawa melihat di persekitaran bandar termasuk di Eiffel Tower, menaiki cruise, mesjid bersolat, lawatan tempat membuat minyak wangi (perfume) dan ber'shopping'.
berlatarbelakang Eiffel Tower kami abadikan kenangan
menaiki menaiki 'beteaux parisiens river seine' melihat persekitaran sungai
dipersekitaran mesjid
Monday, August 19, 2013
Selamat Hari Raya Idilfitri 1434 Hijriah
Sempena Hari Raya Idilfitri yang jatuh pada hari Khamis 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Sebagai mengimbau kenangan lalu, dan tahun-tahiun sebelumnya, dengarlah dendangan lagu Dendang Perantau agar terukir nostalgia.
Monday, July 08, 2013
Wednesday, June 12, 2013
Mengimbau Kembali Kenangan Masa Lalu Bah. 2
bersambung dari bah 1.
6. Aku berkerja di LKIM Mersing tidak lama, lebih kurang sembilan bulan. kerja disini boleh dikatakan mewah makan dengan berbagai-bagai jenis ikan, tetapi aku paling minat makan ikan parang. Tempat aku di Melaka jenis ikan parang ni dikenali tiga peringkat . Yang kecil di namakan 'cabuk', yang sedang dipanggil 'parang' dan yang besar sekali dinamakan 'pacal'. Nama itu semuanya spesis ikan parang. Bekerja di Mersing, banyak meninggalkan kenangan manis. Dengan menggunakan motorsikal Suzuki 250, aku berulang alik dari Melaka ke Mersing apabila balik 'weekend' kerana hidup "orang bujang kemana pergi tiada yang larang" itu kata-kata lagu Rikino Bajuri dengan kumpulan The Clifters". Aku meletakkan jawatan di LKIM pada bulan September1980 setelah memberi notis 3 bulan sebelum menamatkan perkhidmatan.
berehat di Selat Teberau Johor Baru
dalam perjalanan balik ke Mersing bersama dengan Fadil rakan sejawat di LKIM (1979)
7. Pada bulan November 1979, aku mendapat tawaran berkhidmat dengan Lembaga Letrik Negara (LLN) sebagai penyelia keselamatan dalam Jabatan Perkhidmatan Keselamatan. Menerima jawatan ini memerlukan latihan selama 3 bulan. Aduhai.......kalau boleh aku tak mahu mengikuti latihan. Aku dah jemu dengan latihan, latihan dan latihan. Kerana memikirkan masa depan, ku tempohi juga. Latihan ini diadakan di Pusat Latihan Stesen Janaelektrik Lemal, Kelantan. Seramai 25 orang penyelia keselamatan yang menjalani latihan adalah terdiri daripada bekas-bekas ATM kecuali 2 orang dari civilian.
8. Setelah tamat latihan, aku ditugaskan di Ibu Pejabat LLN, Jalan Bangsar Kuala Lumpur. Maka disinilah bermula hidup ku di pusat bandar metropolitan Kuala Lumpur. Di LLN aku aktif berpersatuan dengan menjawat jawatan Setiausaha Agung selama hampir 14 tahun. Persatuan tersebut dikenali dengan panggilan ringkas PERUNIKA iaitu Persatuan Unit Keselamatan. Dengan Zubir Daharun sebagai presiden dan K. Murugesu sebagai Naib Presiden kami berganding bahu memperjuangkan kebajikan atas kepentingan ahli-ahli dalam semua aspek.
AJK Pusat PERUNIKA era LLN
Baris hadapan kiri Yahya Aripin Pen SU, Mohamad Maon SUA, Zubir Daharun YDP, K.Murugesu NYDP dan Zainuddin Mat Dawi Peg Kebajikan
Berdiri dari kiri Sufian Ibrahim, Haidil Mahmud, Yaakop Surati, G. Ahthitan, M. Manoharan, Ahmad Nasir Idris, Aris Tayib, Ibrahim Mohamed, Ahmad Bakri Mohd. Zahir, Yaakop Hassim dan Surib Jumaat
9. Pada bulan April 1982, aku menamatkan zaman bujangku dengan mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihanku bernama Normah berasal dari Sabak Bernam Selangor.
gambar bersama isteri dan anak pertama (1984)
10. Pada tahun 1990, LLN diswastakan menjadi TNB (Tenaga Nasional Berhad), persatuan kami terlibat secara langsung dengan kesatuan-kesatuan yang lain dalam TNB berbincang diperingkat kementerian. Sebagai menghargai jasa persatuan kami diberi peluang melawat sambil belajar iaitu disalahsatu destinasi samada Jepun atau Hongkong. Jadi aku memilih Hongkong bersama Zainuddin Mat Dawi dan Allahyarham Haidil Mahmud.
11. Dalam perkhidmatan dengan TNBlah aku menyambung pelajaran ku di peringkat Diploma dalam bidang Security Management (Pengurusan Keselamatan) di SITO UK (SITO - Security Industry Training Organisation). Sebaik meemperolehi diploma aku menyambung pelajaran diperingkat Master iaitu MBA di St Clements University. Cita-cita ku ingin menyambung di peringkat Doctorate (PhD) tapi ianya terbantut apabila usiaku mencapai usia persaraan 56 tahun. Jadi terhenti setakat inilah sahaja cita-citaku dalam bidang pelajaran yang menjadi cita-citaku semasa di alam persekolahan.
12. Oleh kerana, aku mempunyai kelulusan di atas maka aku ditempatkan di bahagian Latihan bersama dengan Murugesu pada mulanya, apabila Murugesu bersara, aku bersama dengan Hj Ahmad Nasir Ab. Rahim. Bersama beliau, kami merancang dan merangka program latihan bagi semua peringkat anggota keselamatan. sehingga aku bersara dari perkhidmatan keselamatan LLN/TNB pada bulan Ogos 2005.
13. Setelah perkahwinan kami menjangkau 31 tahun, aku bersama isteri Normah mempunyai 5 orang anak,iaitu 2 lelaki dan 3 perempuan. Kesemua anak-anak kami mempunyai kelulusan sama ada diploma, ijazah dan master.
bersambung bah.3
bersambung bah.3
UPACARA MENCUCI KAABAH
Pada 10 Jun 2013 bersamaan 1 Syaaban 1434 Upacara mencuci Kaabah sempena kedatangan bulan Ramadhan tidak berapa lama lagi, Rumah Allah (Kaabah) dicuci dengan air zam-zam dan air mawar. Upacara ini diketuai oleh Putera Khalaed Al-Faizal dan Imam Sheikh Abdul Rahman serta penolongnya Muhammad Al-Khozaim, dengan disertai beberapa diplomat asing dari beberapa negara Islam.
Subhanallah walhamdulillah walailahaillah Allahuakbar
Saturday, April 20, 2013
Mengimbau Kembali Kenangan Masa Lalu Bah. 1
Semenjak bersara pada usia 56 tahun 2005, sudah 8 tahun aku meninggalkan perkhidmatan, banyak kenangan yang mengimbau kembali pada zaman remaja yang bermula dari alam persekolahan, berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Letrik Negara/Tenaga Nasional Berhad (LLN/TNB).
1. Kisah ini bermula di alam persekolahan pada tahun 1956 - 1961 selama 6 tahun di sekolah rendah Kg Gelam, Melaka. Dalam darjah 6, aku mengambil peperiksaan sekolah menengah bertempat di sekolah kebangsaan Tangga Batu. Keputusan peperiksaan tersebut aku lulus dan aku dimasukkan ke Sekolah menengah Gajah Berang dalam 'remove class' kerana menukar aliran Inggeris. Tetapi aku tidak memasuki kesekolah tersebut kerana di kampong ketika itu tiada siapa yang menjaga dan menguruskan persekolahanku. Aku mengikuti bapa ku ke Singapura. Maka sampai disini kisah ku di kampong.
menyertai sukan sekolah rendah Kg Gelam Melaka ketika itu dalam darjah 4
2. Sampai di Singapura kerana mengikut bapa yang bekerja di sana, aku menyambung persekolahan didalam darjah 6 semula pada penggal ketiga di Sepoy Line School dan mengambil peperiksaan sekolah menengah lagi sekali dan lulus dan dimasukkan ke Monk's Hill Secondary School (MHSS) Bukit Timah Singapura.
Bergambar dengan rakan ketika dalam Secondary 3 (Sec 3) (1965)
3. Tahun 1966 kembali ke Melaka setelah tamat sekolah dan kerja kampong dan berpersatuan. 1967 mengikuti kursus di Pertak.
Mengikuti kursus Tarian dan Drama di Pertak Kuala Kubu Bahru, Selangor (1967)
4. Tahun 1968 aku mulai dengan kerjaya iaitu memasuki perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bermula dengan latihan di Pusat Latihan Rekrut Port Dickson selama 6 bulan. Selepas tamat latihan awal Januari 1969 aku ditukarkan berkhidmat di Batalion ke 8 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ketika itu di Kem Sungai Besi Kuala Lumpur dan bulan Mac tahun yang sama ke Sarawak selama 3 tahun. Pada tahun 1976 di tukar ke Batalion baru yang baru ditubuhkan iaitu Batalion ke 19 RAMD Kem Lapangan Terbang Sungai Petani Kedah. Di 19 RAMD aku menamatkan perkhidmatan dari ATM pada 4 Julai 1978 setelah berkhidmat selama 10 Tahun.
Kenangan dgn Allahyarham Syed Hussin Syed Salim Gambar dirakam ketika operasi
Ketika bertugas di Lawas Sarawak penghujung tahun 1970
Kem Semenggo Kuching Sarawak ketika aktif dalam bidang sukan mewakili batalion (1969)
Gambar dengan TNI di Kem Pos Biawak Sarawak sempadan dengan Indonesia
Perbarisan perpisahan setelah berkhidmat di Sarawak selama 3 tahun di Kem Semenggo Kuching
Gambar diatas sebagai 'prade commander' tamat kursus kadar 19 RAMD
memberi penghormatan pada CO dan disini juga aku dinaikan pangkat kepada kopral
5. Pada penghujung tahun 1978 aku bertukar kerjaya dari ATM yang penuh dengan disiplin ke kerjaya alam civilian dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Mersing Johor.
Gambar ini ketika bertugas di LKIM Mersing, Johor selepas berhenti dari perkhidmatan ATM
bersambung........
Wednesday, April 17, 2013
Pentingnya Solat Dalam Kehidupan Kita
Semua orang yang beragama Islam wajib tahu betapa pentingnya solat...sehingga ditegaskan meninggalkan solat dengan sengaja atau tidak melakukan solat ditafrifkan telah melakukan dosa besar. Solat ini adalah penghubung diantara makhluk dengan Khalik (Pencipta). Oleh itu, kalau kita hidup seribu tahun, jika tidak melakukan solat tidak bermakna hidup didunia ini hanya kosong semata-mata.
Selain daripada itu...solat juga akan memperbaharui shahadah kita...kerana dalam solat itu ada shahadah..jika tidak solat bagaimana kita hendak memperbaharui shahadah tersebut. perhatikan lah...
Saturday, April 13, 2013
Sdra Lamree bin Chachak Kembali ke Rahmatullah
Pada hari rabu 10 Mac 2013 saya mendapat berita daripada seorang rakan saya iaitu Tuan Hj Yahya bin Arifin memberitahu bahawa sdra Lamree bin Chachak (gambar di atas) telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Tawakkal Kuala Lumpur pada jam 3 petang. Beliau mengalami sakit jantung, darah tinggi dan komplikasi buah pinggang. Beliau juga diberitakan sering mendapat rawatan hospital. Beliau memang saya kenali ketika semasa hayatnya dan telah bersara dari perkhidmatan keselamatan lebih dari sepuloh tahun. Dengan pemergian beliau kerahmatullah, semoga Allah tempatkan beliau bersama-sama dengan para sholihin. Insya Allah.
Tuesday, February 12, 2013
Trip Ke Ho Chi Minh City Vietnam
Selama 4 hari pada 16 hingga 19 Januari 2013, saya berdua dengan isteri Normah mengikuti trip ke Vietnam yang dianjurkan oleh Edayu seramai 18 orang, Pakej ini termasuk makan dan minum, penginapan dan melawat di beberapa tempat di sekitar Hi Chi Minh City. Bandar Ho Chi Minh adalah sebuah bandar yang dipenuhi kenderaan bermotor. Mengikut pemandu pelancung, dibandar ini sahaja, terdapat sebanyak 8 juta motorsikal bergerak di jalan raya setiap hari. Tidak hairan lah kenapa orang vietnam menggunakan pengangkutan yang mudah dan senang tidak seperti menggunakan kereta.
Selain dari berjalan di pusat bandar, kami dibawa melawat ke sungai mekong dan melawat terowong bawah tanah aktiviti vietcong semasa peperangan dengan penjajah. Berikut adalah gambar yang sempat kami rakamkan sebagai kenangan semasa berada di bumi vietnam.
Menaiki boat menyusuri Sungai Mekong
kesibukan di Bandar Ho Chi Minh di penuhi dengan motorsikal
Melawat Muzium Perang
Kereta kebal dan chooper antara peralatan yang dipamerkan di muzium perang
Menaiki boat menyusuri Sungai Mekong
menaiki sampan untuk merasai suasana nelayan
menikmati makanan di Halal Mekong Restaurant
kenangan di Halal Mekong Restaurant
merasai masuk terowong vietcong
group trip ke vietnam bergambar kenangan
Monday, January 21, 2013
Anis tiba-tiba kena 'stroke'
Nur Hanisah adalah anak perkongsian hidup saya dengan isteri saya bernama Normah dan anak yang ketiga daripada lima adik beradik. Panggilan ringkas, kami panggil anis sahaja. Anis berkelulusan MBA. ia bermula dari sekolah rendah dan menengah di Klang dan meneruskan pengajian Matrikulasi di Perlis. sebaik selesai matrikulasi, ia ditawarkan melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di University Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang. Selesai diperingkat ijazah, saya dan isteria saya menggalakkan beliau menyambung pelajaran di peringkat Master. anis bersetuju. dan menyambung pengajian di peringkat MBA di University Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam dengan pembiayaan sendiri. Anis menamatkan pengajian MBA (Master in Business Administration) ketika usianya masih muda iaitu berusia 23 tahun.
Selepas konvo Anis bekerja Syarikat Sony di Bangi, berkhidmat selama setahun anis berhenti dan bekerja di City Group dengan jawatan yang ditawarkan sebagai penolong pengurus dalam bahagian Pencegahan Wang Haram (Anti Money Laundring). Baru bekerja tiga bulan, anis mengadu kebas ditangan dan dikaki sebelah kiri. dan akhir ianya tidak boleh berjalan ketika bertugas. Mendapat rawatan di Pantai Medical Centre (PMC) dan diamasukan wad selama 5 hari termasuk membuat MRI. tetapi doktor mengataklan urat sarap semua baik termasuk jantung. Yang menjadi masalahnya sebelah badannya di sebelah kiri menjadi lumpuh. saya dan isteri mengambil keputusan untuk keluarkannya dari PMC kerana ianya tidak memberi sebarang kesan, saya berusaha untuk merawatnya cara tradisional. tetapi juga tidak berubah.
Selepas konvo Anis bekerja Syarikat Sony di Bangi, berkhidmat selama setahun anis berhenti dan bekerja di City Group dengan jawatan yang ditawarkan sebagai penolong pengurus dalam bahagian Pencegahan Wang Haram (Anti Money Laundring). Baru bekerja tiga bulan, anis mengadu kebas ditangan dan dikaki sebelah kiri. dan akhir ianya tidak boleh berjalan ketika bertugas. Mendapat rawatan di Pantai Medical Centre (PMC) dan diamasukan wad selama 5 hari termasuk membuat MRI. tetapi doktor mengataklan urat sarap semua baik termasuk jantung. Yang menjadi masalahnya sebelah badannya di sebelah kiri menjadi lumpuh. saya dan isteri mengambil keputusan untuk keluarkannya dari PMC kerana ianya tidak memberi sebarang kesan, saya berusaha untuk merawatnya cara tradisional. tetapi juga tidak berubah.
Anis ketika berada di PMC
Anis ditemani ibunya
Akhirnya, saya bertanya kepada jemaah disurau sekiranya ada diantara yang tahu yang boleh merawat anak saya. Dengan izin Allah, Imam Hj Rawi menunjukkan saya Puan Imah yang pernah merawat anak nya yang terkena stroke. Dari Puan Imah saya mendapat maklumat untuk merawat anak saya. Bertempat di Sasapan Batu Rembau di Beranang iaitu Dr Hj Zabir bin Suliman. Tanpa membuang masa saya menghubungi Hj Zabir beberapa kali tidak berjawab dan menghubungi pembantunya Hj. Aziz dan memberitahu hasrat saya, belliau mengatakan silalah datang...
Sampai di rumah Tuan Hj Zabir terdapat ramai orang yang ingin mendapat rawatan dari beliau. Tiba giliran anak saya, beliau menyentuh dibahagian kepada dan seluruh badan disebelah kiri beliau menyatakan Anis terkena stroke yang menyebabkan badan sebelah mati jika tidak dirawat. penyakit ini kata beliau satu dalam sejuta. ia adalah berpunca daripada bahagian kepala yang mana darah tidak mengalir dan menyebakan oksigen telah memenuhi urat tersebut dan badan disebelah kiri menjadi lumpuh. Untuk permulaan, beliau memberi ubat herba untuk dimakan dalam tempoh seminggu atau sepuluh hari untuk melihat kesannya. Selepas seminggu, ada kesan sedikit dimana tangan disebelah kiri boleh bergerak. Untuk itu Hj Zabir menyatakan Anis perlu mendapat rawatan seterusnya untuk memulihkan perjalanan darah keseluruh badan dan membetulkan semua 'alignment' supaya ia menjadi normal. Perbelanjaan Rawatan ini katanya agak mahal dan Anis akan pulih secara normal kembali, Insya Allah.
Tuesday, January 01, 2013
Selamat Tahun Baru 2013
Sempena ketibaan Tahun Baru 2013, saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru semoga dengan ketibaan tahun baru ini, bertambah lagi semangat dan keazaman kita untuk memenuhi ruang-ruang yang perlu kita isi dengan banyak program-program bagi kebaikan masa depan yang manfaat.
Mesyuarat Agung Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB Ke 4
Pada 15 Disember 2012, Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan (KPPK) TNB telah mengadakan mesyuarat agung kali ke 4 di Adamson Hotel, Kuala Lumpur. Mesyuarat agung tersebut diadakan adalah untuk memenuhi kehendak undang-undang kecil koperasi. Sepatutuya mesyuarat agung diadakan pada bulan oktober, oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan maka mesyuarat ditangguhkan kepada bulan disember. Penangguhan berkenaan mendapat kebenaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan.
Dirasmikan oleh Encik Hamni Wakil SKM wilayah
Subscribe to:
Posts (Atom)