Wednesday, June 12, 2013

Mengimbau Kembali Kenangan Masa Lalu Bah. 2

bersambung dari bah 1.

6.   Aku berkerja di LKIM Mersing tidak lama, lebih kurang sembilan bulan. kerja disini boleh dikatakan mewah makan dengan berbagai-bagai jenis ikan, tetapi aku paling minat  makan ikan parang. Tempat aku di Melaka jenis ikan parang ni dikenali tiga peringkat . Yang kecil di namakan 'cabuk', yang sedang dipanggil 'parang'  dan yang besar sekali dinamakan 'pacal'. Nama itu semuanya spesis ikan parang. Bekerja di Mersing, banyak meninggalkan kenangan manis. Dengan menggunakan motorsikal Suzuki 250, aku berulang alik dari Melaka ke Mersing apabila balik 'weekend' kerana hidup "orang bujang kemana pergi tiada yang larang" itu kata-kata lagu Rikino Bajuri dengan kumpulan The Clifters". Aku meletakkan jawatan di LKIM pada bulan September1980 setelah memberi notis 3 bulan sebelum menamatkan perkhidmatan. 


 berehat di Selat Teberau Johor Baru 
dalam perjalanan balik ke Mersing bersama dengan Fadil rakan sejawat di LKIM (1979)

7.   Pada bulan November 1979, aku mendapat tawaran berkhidmat dengan Lembaga Letrik Negara (LLN) sebagai penyelia keselamatan dalam Jabatan Perkhidmatan Keselamatan. Menerima jawatan ini memerlukan latihan selama 3 bulan. Aduhai.......kalau boleh aku tak mahu mengikuti latihan. Aku dah jemu dengan latihan, latihan dan latihan. Kerana memikirkan masa depan, ku tempohi juga. Latihan ini diadakan di Pusat Latihan Stesen Janaelektrik Lemal, Kelantan. Seramai  25 orang penyelia keselamatan yang menjalani latihan adalah terdiri daripada bekas-bekas ATM kecuali 2 orang dari civilian.

8.   Setelah tamat latihan, aku ditugaskan di Ibu Pejabat LLN, Jalan Bangsar Kuala Lumpur. Maka disinilah bermula hidup ku di pusat bandar metropolitan Kuala Lumpur. Di LLN aku aktif berpersatuan dengan menjawat jawatan Setiausaha Agung selama hampir 14 tahun. Persatuan tersebut dikenali dengan panggilan ringkas PERUNIKA iaitu Persatuan Unit Keselamatan. Dengan Zubir Daharun sebagai presiden  dan K. Murugesu sebagai Naib Presiden kami berganding bahu memperjuangkan kebajikan atas kepentingan ahli-ahli dalam semua aspek. 

AJK Pusat PERUNIKA era LLN
Baris hadapan kiri Yahya Aripin Pen SU, Mohamad Maon SUA, Zubir Daharun YDP, K.Murugesu NYDP dan Zainuddin Mat Dawi Peg Kebajikan
Berdiri dari kiri Sufian Ibrahim, Haidil Mahmud, Yaakop Surati, G. Ahthitan, M. Manoharan, Ahmad Nasir Idris, Aris Tayib, Ibrahim Mohamed, Ahmad Bakri Mohd. Zahir, Yaakop Hassim dan Surib Jumaat

9.   Pada bulan April 1982, aku menamatkan zaman bujangku dengan mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihanku bernama Normah berasal dari Sabak Bernam Selangor.


gambar bersama isteri dan anak pertama (1984)

10.  Pada tahun 1990, LLN diswastakan menjadi TNB (Tenaga Nasional Berhad), persatuan kami terlibat secara langsung dengan kesatuan-kesatuan yang lain dalam TNB berbincang diperingkat kementerian. Sebagai menghargai jasa persatuan kami diberi peluang melawat sambil belajar iaitu disalahsatu destinasi samada Jepun atau Hongkong. Jadi aku memilih Hongkong bersama Zainuddin Mat Dawi dan Allahyarham Haidil Mahmud.

Di Victoria Peak, Hongkong, semasa lawatan sambil belajar

11.  Dalam perkhidmatan dengan TNBlah aku menyambung pelajaran ku di peringkat Diploma dalam bidang Security Management (Pengurusan Keselamatan) di SITO UK (SITO - Security Industry Training Organisation). Sebaik meemperolehi diploma aku menyambung pelajaran diperingkat Master iaitu MBA di St Clements University. Cita-cita ku ingin menyambung di peringkat Doctorate (PhD) tapi ianya terbantut apabila usiaku mencapai usia persaraan 56 tahun. Jadi terhenti setakat inilah sahaja cita-citaku dalam bidang pelajaran yang menjadi cita-citaku semasa di alam persekolahan.

semasa konvo MBA

12.  Oleh kerana, aku mempunyai kelulusan di atas maka aku ditempatkan di bahagian Latihan bersama dengan Murugesu pada mulanya, apabila Murugesu bersara, aku bersama dengan Hj Ahmad Nasir Ab. Rahim. Bersama beliau, kami merancang dan merangka program latihan bagi semua peringkat anggota keselamatan. sehingga aku bersara dari perkhidmatan keselamatan LLN/TNB pada bulan Ogos 2005.

13. Setelah perkahwinan kami menjangkau 31 tahun, aku bersama isteri Normah mempunyai 5 orang anak,iaitu 2 lelaki dan 3 perempuan. Kesemua anak-anak kami mempunyai kelulusan sama ada diploma, ijazah dan master.

bersambung bah.3


No comments: