Tuesday, March 18, 2014

Ustaz Ariffin Haron Dalam Kenangan

1.   Pada 17 Mac 2014 lebih kurang jam 3 petang saya dalam perjalanan dari Klang ke Beranang membawa anak perempuan saya untuk mendapat rawatan dengan Prof Dr Hj. Zabir bin Suliman di Kg Sasapan Batu Rembau, saya mendapat panggilan telefon dari Cikgu Aris Bangi mengatakan Ustaz Ariffin telah kembali ke Rahmatullah pada jam 2 petang di rumah beliau di Kg. Teras Jernang Bangi. Beliau seterusnya meminta saya memberitahu kepada ahli-ahli usrah yang lain. Saya pun memberitahu cikgu Aris, saya akan datang sebaik selesai rawatan anak saya.

2.   Saya mula mengenali beliau pada tahun 2001 dengan mengikuti tazkirah pada hari jumaat di balai Islam TNB dalam Ilmu Tauhid. Dari sinilah saya tertarikh dan berminat mendengar Allahyarham ustaz menyampai kuliah agama dan membelajar ilmu agama secara tetap dan berguru dengannya melalui usrah An-Nur TNB. Beliau mengajar dalam pelbagai ilmu dengan penumpuan Ilmu Tauhid dan Tasawuf.

3.   Imbasan kembali kenangan lama iaitu pada bulan Januari 2007 saya sekeluarga bersama Allahyarham Ustaz juga dengan keluarga, kami ke Pulau Langkawi untuk berehat dan makan angin dan menginap di Banglow TNB Pantai Cenang. Dibawah adalah gambar kenangan ketika di Langkawi: bersama beliau-

Kenangan bersama Allahyarham Ustaz

 Allahyarham Ustaz sedang melayan cucunya Hafiz diperhatikan oleh isterinya Ustazah Aida

Didalam ferri menuju Langkawi duduk bersebelahan dengan anak saya Izzuddin

Allahyarham Ustaz dibelakang saya menolak troli di jeti Kuah untuk menaiki feri balik ke K/Perlis

4.   Pada Mei 2008 kami menunaikan umrah bersama. Saya bersama isteri saya Normah dan ustasz bersama isterinya ustazah Aida. Berikut adalah rakaman kenangan dengan Allahyarham Ustaz Ariffin semasa saya bersama beliau menunaikan umrah:-

Di Dataran Mesjid Dua Kiblat

Selesai mengerjakan Sa'ie bersama Allahyarham Ustaz Ariffin


Kenangan bersama Allahyarham Ustaz Ariffin berlatarbelakangkan Jabar Thur

sempat saya rakamkan ketika Allahyarham berjalan keluar di Masjid Nabawi Madinah

 berama isterinya ketika membeli Jubah

5.   Akhir kata, saya sekeluarga mengucapkan takziah kepada ustazah Aida dan keluarganya atas kepergian Allahyarham ustaz ke Rahmatullah pada hari Isnin 17 Mac 2014 dalam usia 69 tahun, semoga rohnya dilimpahi rahmat yang berterusan dan ditempatkan bersama-sama dengan roh para shuhadah dan dikalangan orang yang beriman. Saya sebagai anak murid kepada Allahyarham Ustaz sentiasa mendoakan Roh nya mendapat rahmat dan inayah AIlah yang berkekalan. Insya' Allah. Amin Ya Rabbal Alamin....

No comments: