Monday, October 20, 2014

Alahai Koperasi

1.   Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan (KPPK) TNB telah beroperasi selama lebih kurang 6 tahun sejak diluluskan penubuhannya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 10 Jun 2008 sehingga kini tiada sebarang aktiviti yang membolehkan koperasi menjalankan bisnesnya dan ianya boleh dikatakan didalam katogeri koperasi tidak berdaya maju. Walaupun kekerapan mesyuarat ALK diadakan tetapi semuanya tidak mendatangkan hasil.

2.   Banyak idea dan cadangan yang telah dikemukakan didalam setiap mesyuarat oleh ahli ALK ditangguhkan kerana tidak boleh dilaksanakan, konon dikatakan tidak membawa kepada keuntungan. Macam mana nak bawa keuntungan kerana kita belum cuba lagi. Kalau begini cara dan pendekatan kita nak memasuki alam bisnes kita tidak akan berjaya kerana kita tidak berani menghadapi risiko. sementelah lagi koperasi tidak mempunyai dana yang boleh digunakan untuk memulakan projeknya. Bila cadangan dibuat untuk mengisi dana, setiap ALK diekehendaki menyumbang sebanyak RM 1K seorang, sehingga kini tak seorang pun yang menyumbang kepada dana tersebut. Jadi cadangan hanya tinggal cadangan sahaja. Dalam bisnes, risiko berjaya atau gagal adalah bergantung kepada bagaimana keupayaan kita menguruskan urusniaga.

3.   Idea dan cadangan dari ALK antara lain adalah seperti berikut:

  • Projek tanam serai
  • Kedai dobi
  • Permit teksi
  • Kedai 1 Malaysia
  • Memelihara ikan dalam sangkar
  • Kaloborasi dengan syarikat kawalan keselamatan 
  • dan lain-lain
4. Sebelum ini, koperasi dikatakan jika hendak memulakan aktiviti perlu mendaftar dengan Kementerian Kewangan,. Setelah daftar dan mendapat kelulusan, masih belum boleh berurusan lagi dan perlu pula mendaftar sebagai vendor TNB jika sesuatu projek yang kita uruskan dengan TNB . Setelah lama berlalu baru-baru ini mendapat kelulusan vendor bagi mendapat projek kecil-kecilan dengan syarikat TNB,  koperasi perlu melobi dengan beberapa pegawai TNB. Untuk itu beberapa perjumpaan dengan pihak atasan TNB telah dibuat. Insya' Allah projek ini akan bermula jika berjaya akan memulakan usahaniaga selepas mesyuarat agong bagi sesi 2014/15. Jadi ini adalah tanggungjawab bagi ALK sesi akan datang.

5.  Pada 25 Oktober 2014 Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB (KPPK) akan mengadakan mesyuarat agong kali yang ke 6, Kita sedar setiap kali mesyuarat agung diadakan akan ada banyak halangan yang menyebabkan kehadiran akan merosot. Walaubagaimanapun, mesyuarat agung tetap diadakan adalah untuk memenuhi kehendak undang-undang kecil koperasi. Mesyuarat agung kali ini adalah ditaja sepenuhnya oleh ALK. Kita berharap semua anggota koperasi akan hadir didalam mesyuarat tersebut yang akan diadakan di Hotel Quality City Centre, Jalan Raja laut, Kuala Lumpur.

6.  Selamat bermesyuarat 

No comments: