1. Mesyuarat koperasi KPPK TNB yang telah diadakan pada 8 November 2014 di Seremban sempena di hari perkahwinan anak Kamarulzaman Ahmad hanya tinggal kenangan. Kesempatan mesyuarat tersebut diadakan kerana terdapat kesemua ALK yang dipilih semula dalam meyuarat agung pada 25 Oktober 2014 turut hadir kecuali 3 orang ALK tidak dapat hadir. mereka ialah Hj. Ahmad Bakri bin Mohd Zahir, sdr Tan Baba dan sdr N.R John.
2. Didalam mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh sdr Hamzah Redza telah menyakinkan semua ALK bahawa beliau akan cuba menggerakkan koperasi ini sekurang-kurang mempunyai satu bisnes sebagai pemulih semangat setelah 6 tahun ditubuhkan. HASRAT PENGERUSI ITU CUKUP BAIK DAN BERSEMANGAT. Kita berharap ia akan menjadi kenyataan dan realiti. Dalam mesyuarat itu juga telah diputuskan bahawa koperasi akan memohon untuk mendapatkan geran RM 30K dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai dana bagi menampong koperasi untuk menjalankan projek. Untuk memohon geran tersebut, pengerusi menyatakan bahawa beliau akan ke pejabat SKM untuk memajukan borang pinjaman tersebut tetapi sehingga artikel ini ditulis (24 November 2014) pengerusi belum lagi mengambil sebarang tindakan untuk pergi ke Pejabat SKM Wilayah.
3. Apa yang dibimbangkan oleh ALK akan terjadi sama keadaannya semasa kita bersama didalam Perunika. Mesyuarat tetap mesyuarat dan lepas mesyuarat semua AJK/ALK balik dan hanya tinggal mesyuarat sahaja dan yang membuat tugas hanya seorang sahaja iaitu setiausaha, itu pun kalau setiausaha yang aktif kalau tidak tunggu mesyuarat akan datang baru dibangkitkan lagi isu tersebut kerana isu berkenaan belum diambil tindakan. Begitulah kisah seterusnya.
4. Sekarang ini menjadi kegusaran ALK, kerana tiada seorang yang sanggup untuk menyandang jawatan Setiausaha. Kita sedia maklum jawatan tersebut memerlukan banyak komitmen kerja selain dari tugas-tugas pentadbiran. Begitu juga dengan jawatan bendahari. Cadangan telah dibuat supaya anak sdr Mohd Noor iaitu Khairul Idlan dapat menjalan tugas Setiausaha, tetapi beliau tidak dibenarkan oleh ayah beliau kerana 'burden' yang ditanggung dalam syarikat beliau. Entahlah...... mungkin mesyuarat akan datang, akan dapat dan cari jalan penyelesaian. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment