Setelah mesyuarat kali ke 2 yang diadakan pada 20 Disember 2015, ALK akan menyambung mesyuarat pada bulan Januari tetapi malangnnya sepanjang bulan Januari tidak dapat diadakan kerana ada diantara ALK mempunyai urusan yang menyebabkan beberapa orang ALK tidak dapat hadir dan ianya tertunda. Mesyuarat seterusnya dirancang pada bulan Februari, itu pun penghujung bulan iaitu pada 28 Februari 2015, maka setiausaha diarah menghantar SMS kepada semua ALK memberitahu bahawa mesyuarat ALK ke 3 akan diadakan pada 28 Februari 2015 bertempat di pejabat Koperasi, Klang, Lanjutan sms itu semua ALK telah terima notis mesyuarat berkenaan malangnya ada juga sebahagian dari ALK telah tidak hadir dengan alasan kenduri kahwin, tidak ada kawan yang hadir bersama. Inilah yang dikatakan koperasi golongan otai yang tidak mempunyai komitmen lansung. Walaubagaimana pun mesyuarat tersebut dapat dijalankan dan beberapa idea telah dilontarkan untuk dilaksanakan oleh jawatankuasa yangnn berkenaan.
No comments:
Post a Comment