Wednesday, June 17, 2015

SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN AL MUBARAK

Esok tanggal 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadhan 1436, semua umat Islam akan mula berpuasa selama sebulan. Sempena ketibaannya, pada malam 17 Jun selepas Isyak umat Islam akan memulakan solat sunat terawih yang dituntut dalam syariat Islam. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia diantara bulan-bulan yang lain kerana bulan Ramadhan ada disebutkan didalam Al Qur'an.

Berpuasa ni, bukan lah menahan dari lapar dan dahaga semata-mata tetapi ianya berpuasa dari semua sudut. iaitu puasa mata, mulut, telinga dan hati. kita kenalah banyak beramal dan beribadah selain membaca Al Qur'an. 

Mengenai perkara-perkara tentang puasa, saya rasa semua dah tahu kelebihan-kelebihannya kerana kita telah lalui setiap tahun. Oleh itu, berpuasa dengan penuh tawaduk dan keikhlasan kepada Allah semoga puasa kita diterima oleh Allah SWT. Selamat Berpuasa

No comments: